top of page
Writer's picturezurithsafety

Tips Yang Boleh Menyelamatkan Nyawa Anda Sebelum terjadi Kebakaran di Waktu Malam.





Banyak tips keselamatan kebakaran rumah sebagai langkah pencegahan dan persediaan orang ramai untuk di ambil tindakan sebelum ada sebarang bahaya kebakaran antaranya ialah:


1) Tidak menggunakan tali elektrik berpecah

Tali elekrtrik yang hamper pecah dan merekah akan menyebabkan terjadinya renjatan elektrik terhadap pengguna. Hal ini kerana jika wayar elektrik tersebut terkena air ianya akan menyebabkan pengguna mengalami renjatan elektrik dan jika teruk boleh membawa maut. Selain itu, terdapat beberapa komponen eletrik yang boleh menyebabkan terbakar dan meletup. Hal ini akan menyebabkan kebakaran di rumah anda seperti berlaku lintar pintas.


2) Menjaga alat pemadam api di dalam rumah

Alat pemadam api di rumah anda mestilah di letakkan di tempat yang sesuai dimana tidak tersorok namun mudah di lihat. Selain itu, alat pemadam api tersebut juga mestilah tidak melebihi tarikh luput yang di nyatakan. Jika alat pemadam api telah luput tarikh, anda hendaklah menghantar servis alat pemadam api tersebut di tempat yang berdaftar.


3) Tidak merokok di atas katil

Tabiat merokok di atas katil adalah tabiat yang tidak sepatutnya anda atau keluarga anda lakukan di rumah. Hal ini kerana serpihan api kecil rokok akan menyebabkan risiko tiggi kebakaran jika terkena bahan-bahan yang mudah terbakar.


4) Menutup pintu bilik tidur anda setiap malam sebelum tidur

Menurut syarikat sains keselamatan bebas global UL's Firefighter Safety Research Institute (FSRI), menutup pintu bilik tidur anda setiap malam sebelum tidur boleh menyelamatkan nyawa. Semasa kebakaran waktu malam, pintu bilik tidur tertutup boleh memperlahankan penyebaran api, mengurangkan paras asap, dan menyediakan penghalang terhadap tahap maut karbon monoksida.


134 views0 comments

Recent Posts

See All

Comments


bottom of page