top of page

Program Bantuan Mangsa Banjir di Pahang

Pada penghujung tahun 2021, Malaysia dikejutkan dengan berita yang sering didengari pada setiap tahun namun melanda di negeri yang lain. Siapa sangka bahawa negeri yang sangat sukar didengari untuk banjir kini menghadapi bencana tersebut. Setelah mendengar berita buruk tersebut maka Zurith Safety bercadang untuk menghulurkan bantuan dari segi tenaga dan bekalan kepada keluarga mangsa yang terjejas dengan bencana banjir. Mereka menyasarkan ke perkampungan yang terjejas di Mentakab, Pahang. Zurith Safety telah menolong dalam membersihkan lumpur yang naik ke dalam rumah dengan menggunakan penembak air buatan sendiri. Dengan menggunakan alatan itu, maka kerja-kerja pembersihan dapat dilakukan dengan mudah.




Antara salah satu rumah yang dibantu oleh staff Zurith Safety dalam membersihkan lumpur yang memasuki rumah.




Barang-barang untuk bantuan mangsa banjir diletakkan di Bilik Operasi.


Akhir kata, kita sebagai manusia perlulah mempunyai ihsan dan empati apabila melihat orang lain berada dalam kesusahan. Sekiranya kita menolong orang yang berada dalam kesusahan, maka orang lain juga akan tolong kita sekiranya kita berada dalam kesusahan.

43 views0 comments

Recent Posts

See All
bottom of page