top of page

Persediaan menghadapi banjir kilat.

Writer: zurithsafetyzurithsafety

Sumber gambar: Sinar Harian & DetikNews


Baru-baru ini Malaysia dikejutkan dengan berita bahawa terdapat beberapa negeri yang dilamba banjir kilat yang amat membahayakan kerana ketinggian air sehingga ke paras yang mampu mengancam nyawa manusia mahupun sesetengah haiwan.


Bencana seperti ini semestinya akan diberi amaran oleh pihak yang bertanggungjawab supaya kita dapat mengambil langkah awal agar segala barang berharga dan keselamatan diri serta keluarga dapat diselamatkan. Jadi apakah persedian untuk kita menghadapi bencana banjir kilat ini?


Terdapat tiga keadaan untuk kita bersedia dalam menghadapi bencana banjir kilat ini iaitu sebelum, semasa dan selepas banjir. Dengan melakukan ketiga-tiga persediaan ini kita boleh mengelakkan sebarang keburukan yang akan berlaku dan meningkatkan tahap keselamatan kita. Jadi mari kita ambil tahu apakah persediaan-persediaan tersebut.



Sebelum Banjir


Sesetengah bencana alam akan dimaklumkan oleh pihak yang bertanggungjawab sekiranya ia akan berlaku di kawasan kita mahupun berdekatan dengan kawasan yang berhampiran dengan perumahan kita. Oleh itu sekiranya menerima peringatan tersebut maka bergegas la menyiapkan diri walaupun ianya belum pasti berlaku. Antara perkara yang boleh kita lakukan adalah:


  1. Pastikan saluran air rumah anda berada dalam keadaan yang baik dan tidak tersumbat serta penutup lubang najis ditutup rapat supaya ianya tidak mengalir keluar bersama banjir.

  2. Kenal pasti mana kawasan yang akan dijadikan Pusat Pemindahan dan Pusat Bantuan Bencana berhampiran dengan kawasan anda.

  3. Sediakan peralatan kecemasan dan bekalan makanan yang secukupnya dan disimpan dalam keadaan yang baik, kemas dan selamat.

  4. Memberi tahu ahli keluarga perkara-perkara atau tindakan yang perlu dilakukan semasa berlaku kecemasan di rumah.


Semasa Banjir


  1. Pindahkan perabut atau peralatan yang penting ke tempat yang selamat.

  2. Simpan dokumen yang penting kedalam bekas kalis air dan bawa bersama-sama anda kemana sahaja.

  3. Tutup suis elektrik yang berkemungkinan boleh mengalirkan elektrik semasa banjir dan tutup paip utama yang membekalkan air bersih.

  4. Beritahu jiran tetangga agar bersedia untuk berpindah ke pusat pemindahan.

  5. Sekiranya mendapat perintah untuk mengosongkan kawasan itu, lakukannya secepat yang mungkin.


Selepas Banjir


  1. Pastikan rumah dalam keadaan yang selamat sebelum memasukinya.

  2. Pastikan rumah yang telah dilanda bencana banjir tidak memiliki sebarang rekahan atau tanda-tanda akan berlaku sesuatu yang lebih buruk.

  3. Memasuki sesuatu bangunan dengan menggunakan kasut.

  4. Pastikan tiada haiwan yang berbahaya berada di kawasan yang berdekatan atau di dalam bangunan.

  5. Pastikan tiada peralatan elektrik yang tenggelam yang mampu menimbulkan renjatan elektrik.

  6. Pastikan tiada cecair yang mudah terbakar mengalir di kawasan tersebut.


Dengan ini, diharapkan agar kita lebih bersedia apabila terdapat tanda-tanda bahawa bencana ini akan berlaku lagi.

 
 
 

Comments


bottom of page