Jadikan pili bomba berhampiran rumah anda sebagai teman anda. Tujuan pili Bomba diadakan adalah untuk menyalurkan air kepada jentera Bomba semasa memadam kebakaran. Ia boleh rosak akibat perbuatan tidak bertanggungjawab. Contohnya, masukkan sampah sarap, kaca dan sebagainya dalam lubang valve.
Perkara seperti ini akan melambatkan pergerakan anggota Bomba bagi mendapatkan air dari pili berkenaan. Bagaimana anda boleh membantu?
Periksa pili bomba berhampiran rumah anda.
Pastikan chamber bebas dari sebarang benda asing.
Pastikan tiada gangguan terhadap pili.
Boleh dilihat dari jauh.
Tidak berkarat.
Maklumkan kepada pihak Bomba atau JBA jika ada kerosakan.
Tidak terkambus dengan tanah
Comments