Berita kereta terbakar ketika mengisi minyak ini dah banyak kali kita dengar, namun ia masih lagi berlaku meskipun pelbagai kempen kesedaran tentang cara peraturan mengisi minyak telah dijalankan.
Perangai degil sekumpulan manusia yang tidak mengendahkan peraturan di stesen minyak berisiko untuk mencetuskan kebakaran yang boleh memudaratkan diri serta orang lain yang berada di kawasan sekitar. Tak percaya? Lihat saja di mana-mana stesen minyak berdekatan. Anda pasti akan terjumpa seorang dua yang melanggar peraturan secara terang-terangan tanpa rasa bersalah.
APAKAH PANDUAN KESELAMATAN SEMASA DI STESEN MINYAK YANG ANDA PERLU TAHU?
1) Matikan Enjin Kenderaan
Paling penting, perkara pertama yang anda perlu lakukan sebelum keluar daripada kenderaan adalah mematikan enjin terlebih dahulu. Tahukah anda setiap kenderaan yang menggunakan bateri mempunyai risiko yang tinggi untuk menghasilkan percikan api? Sekiranya enjin kenderaan tidak ditutup semasa mengisi minyak, itu namanya mengundang bahaya.
2)Dilarang Merokok!
Selain itu, punca utama lain yang mengundang kebakaran di stesen minyak adalah melalui perbuatan merokok sesetengah manusia tidak bertanggungjawab. Sebarang nyalaan mancis atau pemetik api berhampiran stesen minyak berisiko untuk mencetus kebakaran. Kalau gian sangat nak merokok, pergi lah merokok dulu sebelum isi minyak. Jangan pandai-pandai nak multitask di stesen minyak pula.
Sekiranya anda didapati merokok di kawasan stesen minyak, anda boleh dikenakan tindakan mengikut Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM10,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun sekiranya disabitkan kesalahan.
3) Dilarang Menggunakan Telefon
Dah merata-rata stesen minyak meletakkan poster larangan penggunaan telefon bimbit semasa mengisi minyak. Tapi masih ada juga mereka yang berdegil. Jika telefon tersebut jatuh sehingga menampakkan bateri, percikan api boleh terhasil. Walau bagaimanapun, kebanyakan telefon pintar masa kini dibina dengan bateri secara kekal dalam telefon pintar membuatkan sukar untuk bateri terkeluar walaupun telefon anda terjatuh.
Salah satu sebab lain kenapa orang masih tidak mengendahkan larangan ini adalah kerana tiada jawapan jelas mengenai kebakaran yang berpunca daripada bateri telefon. Jadi, larangan penggunaan telefon bimbit ini dilihat sebagai salah satu cara untuk membolehkan pengguna untuk tidak cuai dan memberi fokus sepenuhnya semasa mengisi minyak.
4) Nyahcaskan Elektrik Statik
Sebelum mengisi minyak, pastikan menyentuh logam pada kenderaan anda sebelum mengisi minyak bagi menyahcaskan eletrik statik pada diri anda. Elektrik statik mampu untuk menyalakan wap petrol dan seterusnya menyebabkan kebakaran. Dengan menyentuh logam sebelum menyentuh nozel, elektrik statik dalam tubuh anda akan dibuang pada logam dan bukan pada pistol pam minyak tersebut.
Elakkan daripada masuk dan keluar kereta semasa minyak petrol sedang mengalir masuk ke dalam kenderaan. Cas elektrik statik mungkin berlaku di mana pergeseran berlaku antara pakaian dan tempat duduk ketika proses keluar dan masuk dari kenderaan. Seeloknya, masuklah kenderaan sebelum atau selepas mengisi minyak sahaja.
#fire#firefighting#firesolution#fireuae#fireservice#firealarm#firedetection#firehose#fireextinguisher#firesystem#firesprinklers#firehydrant#fireawareness#fireextinguisherservice#pemadamapi#servispemadamapi#kebakaran#awarenessoffire#bahayaapi#api #stesenminyak #tipskeselamatan #Petronas #Petron #Shell
Selain perbuatan merokok , adakah pengguna juga dilarang untuk menghisap vape di stesen minyak?! Boleh terangkan dengan lebih jelas !?