top of page

Orang ramai didedahkan risiko kebakaran di rumah

KUALA LUMPUR: Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Desa Pendidik Taman Keramat Permai AU1C hari ini mengambil inisiatif mengadakan program kesedaran bagi meningkatkan pengetahuan penduduk mengenai bahaya kebakaran.

Pengerusinya, Datuk Mohd Razi Yaacob, berkata isi rumah berdepan risiko kebakaran yang tinggi jika peralatan seperti gas memasak dan elektrik tidak diurus dengan betul.

Beliau berkata, penduduk juga perlu diberi kesedaran mengenai keselamatan persekitaran, langkah pencegahan dan tugas serta tanggung jawab Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM)

Katanya, program itu diharap dapat menimbulkan kesedaran dalam kalangan penduduk seterusnya mengambil langkah yang proaktif dan berhati-hati dalam mengendalikan peralatan yang berisiko mencetuskan kebakaran.



Program itu dijalankan dengan kerjasama Jabatan Perpaduan daerah Gombak, JBPM Ampang, Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Program yang julung kali diadakan itu adalah satu daripada pelbagai aktiviti KRT Taman Keramat Permai yang dijalankan sepanjang tahun.

Antara program yang dijalankan ialah taklimat dan penerangan mengenai bahaya kebakaran, pencegahan dan cara menanganinya.

Demonstrasi jentera bomba dan cara memadam kebakaran turut diadakan di samping pameran berkaitan bahaya kebakaran.



Taklimat kebombaan Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Ampang, Timbalan Penguasa Bomba Ariff Kassim.

Program yang berlangsung di Padang AU1C Taman Keramat Permai itu dirasmikan Ahli MPAJ zon 4, Aziz Jalal.

Turut hadir wakil Pegawai Perpaduan Daerah Gombak, Kamarul Arifin dan Pengarah Bahagian Media Digital Interaktif RTM, Sabri Mansor.

21 views0 comments

Recent Posts

See All
bottom of page