top of page

Merancang Pelan Menyelamatkan Diri





  • Lukiskan pelan lantai rumah anda.

  • Lukis keseluruhan struktur pelan rumah serta kedudukan semua tingkap, pintu, tangga, lorong dan juga halangan-halangan seperti meja makan, sofa dan lain-lain.

  • Tunjukkan jalan keluar utama dan laluan alternatif dari setiap bilik. Api yang merebak sukar diramal dan pintu keluar utama mungkin tehalang oleh api dan asap. Oleh itu, anda terpaksa gunakan jalan alternatif jika pintu keluar utama terhalang.

  • Bagi jenis rumah dua tingkat, tingkap di tingkat atas boleh dijadikan jalan keluar alternatif. Anda digalakkan supaya tidak memasang jeriji yang kekal.

  • Pamerkan pelan kecemasan dan nombor talian kecemasan Bomba berhampiran telefon anda supaya mudah dilihat dan difahami.

  • Sentiasa kemaskini pelan kecemasan anda mengikut perubahan yang berlaku dalam rumah. Penghuni yang kurang upaya seperti kanak-kanak, orang tua dan orang cacat perlu ditempatkan di tingkat bawah. Kumpulan ini perlu perancangan khas.


69 views0 comments

Recent Posts

See All
bottom of page