top of page

Mencegah Kebakaran Di Dapur




KESELAMATAN KEBAKARAN DI DAPUR

  • Elakkan daripada meninggalkan dapur semasa memasak.

  • Sentiasa mengawasi dan memeriksa masakan yang dimasak dengan alat pembakar seperti ketuhar.

  • Elakkan memasak jika mengantuk, pening atau setelah mengambil ubat-ubatan yang boleh menyebabkan mengantuk.



KEBERSIHAN DAPUR

  • Elakkan pemegang periuk, pembalut makanan, buku resepi dan bahan-bahan mudah terbakar berhampiran atau di atas ruangan aktiviti memasak.

  • Pastikan rak dapur sentiasa bersih. Kotoran dari bahan masakan yang berminyak boleh disambar api.

  • Elakkan sebarang bahan mudah terbakar seperti langsir, tuala pembersih berdekatan dengan dapur memasak.



CEGAH KEBAKARAN

  • Makanan yang dimasak dalam "microwave" menghasilkan tahap kepanasan yang tinggi. Bukakan penutup dengan cermat.

  • Berhati-hati apabila menggunakan sarung tangan basah kerana air boleh bertukar pada stim dan boleh menyebabkan tangan anda melecur.



KESELAMATAN LITAR ELEKTRIK DI DAPUR

  • Gunakan satu peralatan (jenis pemanas) bagi satu soket dalam satu masa.

  • Pastikan fius dan pemutus litar direka dan diadakan bagi memutuskan aliran elektrik dari sumber kuasa sekiranya berlaku lebihan arus.

  • Pastikan rintangan dalam fius adalah sama seperti yang diperlukan bagi satu perkakas elektrik.

  • Wayar yang pecah dan terkoyak hendaklah diganti.

  • Sekiranya peralatan elektrik di dapur terlalu panas atau berasap, putuskan sambungan plug segera. Gantikan atau bawa peralatan tersebut untuk diperiksa.



614 views0 comments

Recent Posts

See All
bottom of page