1) PENYALAHGUNAAN ALAT-ALAT ELEKTRIK
Penggunaan alat penyambungan plug alat-alat elektrik secara berlebihan boleh menyebabkan kebakaran. Gantikan wayar-wayar yang telah rosak. Padankan kapasiti penggunaan kuasa adalah berpadanan dengan jumlah kuasa yang diperlukan. Pastikan wayar alat elektrik yang digunakan telah disahkan dan tidak mudah dirosakkan.
2) ALAT-ALAT
Seterika baju, cerek elektrik, ketuhar gelombang micro dan sebagainya, tidak ditinggalkan tanpa perhatian. Cabutkan plug setiap kali selesai menggunakannya. Jangan simpan alat-alat tersebut sekiranya ia masih panas. Jauhkan alat pemanas dari langsir dan bahan mudah terbakar. Padankan saiz penggunaan alat elektrik, untuk mengelakkan pemanasan yang melampau. Pastikan ketuhar, dapur bersih dari kesan kotoran minyak. Serta jauhkan bahan-bahan mudah terbakar seperti kertas atau plastik dari permukaan yang panas.
3) KEBAKARAN TERBUKA
Lilin, penunu Bunsen dan sebagainya, perlu di perhatikan. Padamkan segala kebakaran terbuka sebelum anda meninggalkan tempat itu walaupun puntuk seketika. Penggunaan lilin adalah sangat merbahaya terutama jika digunakan di dalam bilik tidur.
4) PENYIMPANAN BAHAN MUDAH TERBAKAR
Buangkan segala sisa-sisa bahan kimia dengan segera. Ia haruslah disimpan di dalam tempat yang selamat. Bahan-bahan tersebut perlulah disimpan di tempat yang berasingan.
5) CECAIR MUDAH TERBAKAR
Minyak gas, cat, gam dan sebagainya tidak sesuai disimpan di dalam bangunan kediaman. Penyimpanan ia juga adalah terhad mengikut kuantiti dan disimpan di dalam bekas yang dibenarkan.
6) HALANGAN
Dilarang menyimpan alatan seperti basikal, kerusi dan sebagainya di laluan pintu kecemasan. Hanya peralatan yang dibenarkan sahaja boleh diletakkan berhampiran tingkap-tingkap.
#sayangimalaysia #fireextinguisher #thebestfireextinguishermalaysiasupplierinmalaysia #fireextinguisher #thebestsuppliersfireextinguishermalaysia #fireextinguisher #fireextinguishersmalaysia #firecompetentmalaysia #fireextinguisher #alatpemadamapimalaysia #fireextinguisher #portablefireextinguishers #fireextinguisher
Comments