![](https://static.wixstatic.com/media/a27d24_1dd4210193014d9c881fd102f59b9f95~mv2.jpg/v1/fill/w_627,h_343,al_c,q_80,enc_auto/a27d24_1dd4210193014d9c881fd102f59b9f95~mv2.jpg)
Peringkat-peringkat melecur akibat dari kebakaran dan Kaedah Rawatan Awal
Apa yang dimaksudkan dengan terbakar dan melecur??
Terbakar :
TERBAKAR ialah suatu kecederaan pada tisu kulit dan lain-lain tisu badan disebabkan terkena oleh api yang menyala, bahan api (flame), haba atau objek-objek panas, haba sejuk, bahan kimia, radiasi atau arus elektrik berkuasa tinggi.
Melecur :
MELECUR ialah kecederaan disebabkan oleh haba lembab, seperti air mendidih wap atau minyak panas.
Kecederaan ini diklasifikasikan kepada tiga tahap iaitu :
![](https://static.wixstatic.com/media/a27d24_766a98c0d51f4ffeb9c742e01677c7aa~mv2.png/v1/fill/w_440,h_317,al_c,q_85,enc_auto/a27d24_766a98c0d51f4ffeb9c742e01677c7aa~mv2.png)
Tahap Satu – Kecederaan yang hanya melibatkan lapisan luar kulit sahaja. Ia tidak menyebabkan penembusan lapisan kulit.
Tahap Dua – Kecederaan yang menyebabkan penembusan lapisan kulit, menyebabkan lapisan bawah kulit mengalami kerosakan.
Tahap Tiga – Kecederaan yang menyebabkan kerosakan kepada semua lapisan kulit, juga melibatkan kerosakan pada lapisan otot, ataupun tulang.
Tanda/Gejala
Tahap Satu
Hanya melibatkan lapisan paling luar kulit (epidermis).
Menyebabkan kulit menjadi merah.
Permukaan kulit kering.
Tiada pembentukan lepuh (blister).
Menggelupas lapisan luar kulit (epidermis).
Kebengkakan pada bahagian terlibat mungkin akan muncul.
Mangsa/pesakit akan berasa sakit dibahagian yang terlibat.
Mangsa/pesakit akan berasa sakit apabila bahagian terlibat disentuh
Tahap Dua
Melibatkan lapisan bawah kulit (epidermis & dermis).
Bahagian terbakar menjadi warna putih atau merah ceri.
Bahagian luka menjadi lembap.
Pembentukan lepuh (blister).
Mangsa / pesakit merasakan sakit yang kuat
Tahap Tiga
Melibatkan lapisan kulit sehingga ke derma & lapisan lemak.
Bahagian yang tercedera menjadi kering.
Luka mungkin mengalami pendarahan.
Bahagian tercedera menjadi warna kelabu atau hitam.
Mangsa / Pesakit merasa sedikit sakit atau tidak merasa sakit, akibat dari kerosakan saraf.
![](https://static.wixstatic.com/media/a27d24_12715bd455cd40508fa812a8936ab4ab~mv2.png/v1/fill/w_406,h_353,al_c,q_85,enc_auto/a27d24_12715bd455cd40508fa812a8936ab4ab~mv2.png)
Rawatan
Rawatan segera menggunakan konsep 3B & 3C
“Burn stop”– hentikan pembakaran, jika pakaian terbakar buka baju, jika susah untuk dibuka, jangan memaksa untuk buka baju. Alihkan objek panas dari mangsa.
“Breathing maintain” – pastikan saluran pernafasan mangsa terbuka, tiada sekatan atau objek menghalang pernafasan.
“Body examine” – periksa tahap kebakaran dan anggota terlibat.
“Cool”– sejukkan bahagian yang terbakar dengan mengalirkan air.
“Cover” – tutup bahagian yang terbakar dengan kain bersih.
“Carry” – bawa mangsa ke hospital berdekatan bagi mendapatkan rawatan lanjut.
Comentarios