top of page
Writer's picturezurithsafety

Malaysia tawar bantuan padam kebakaran hutan Australia

Isnin, 06 Jan 2020 08:00 AM MYT



KUALA LUMPUR, 6 Jan — Malaysia bersiap sedia untuk menghulur bantuan yang perlu bagi membantu Australia yang kini berhadapan dengan krisis kebakaran hutan, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.


Beliau berkata, bantuan itu termasuk penghantaran anggota Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART), aset dan para pegawai untuk membantu memadamkan kebakaran berkenaan dengan secepat mungkin dan bagi menyokong operasi menyelamat Australia.


“Saya amat sedih bila mengetahui mengenai keadaan buruk kebakaran itu yang telah menyebabkan kehilangan nyawa dan kerosakan besar di Australia.

“Bagi pihak kerajaan Malaysia, saya ingin melahirkan rasa takziah kepada mangsa, keluarga mereka dan semua yang terlibat. Doa kami mengiringi bersama-sama rakyat Australia semasa tempoh sukar ini,” katanya dalam akaun Facebook rasmi beliau, semalam.


Menurut laporan media, seramai 24 orang terbunuh dan hampir 2,000 rumah musnah apabila kebakaran hutan itu telah memusnahkan tiga negeri di Australia melibatkan kebakaran kira-kira lima juta hektar tanah. — Bernama

20 views0 comments

Recent Posts

See All

Comments


bottom of page