LAPORAN penuh siasatan kebakaran di tingkat dua Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru yang didedahkan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S Subramaniam, pada 24 Disember lalu mendapati kerosakan kapasitor dalam mentol lampu dikesan menjadi punca utama kebakaran yang mengorbankan enam nyawa- sumber Berita Harian
Apakah punca sebenar yang menyebabkan berlakunya seperti situasi di atas? Marilah bersama kita mengambil kesedaran sebelum kejadian seperti di atas meragut Nyawa Anda. Antara punca-punca berlaku lintar pintas ialah:
1) Kerosakan kapasitor lampu
Ini bermakna kerosakan kapasitor lampu menjadi punca berlaku litar pintas yang menyebabkan berlakunya penghasilan haba daripada elektrik dan menjana percikan api seterusnya api merebak ke keseluruhan kediaman anda atau bangunan yang anda duduki.
2) Menghidupkan suis mentol lampu yang tidak menyala atau rosak
Umum perlu tahu bahawa litar pintas boleh berlaku dengan banyak cara, dalam pelbagai keadaan dan antara cara yang mencetuskannya adalah dengan menghidupkan suis mentol lampu yang tidak menyala atau rosak. Adakah anda pernah secara sengaja atau tidak sengaja menghidupkan suis mentol lampu yang rosak? Jika ya, anda mungkin boleh menjadi penyebab berlakunya kebakaran kerana tindakan itu secara tidak langsung menyebabkan berlaku litar pintas.
3) Sikap pengguna yang suka menggulung atau menyimpul wayar penyambungan atau wayar barangan elektrik
Banyak juga perkara lain yang boleh menyebabkan berlaku litar pintas, misalnya sikap kita yang suka menggulung atau menyimpul wayar penyambungan atau wayar barangan elektrik. Ia juga boleh mengundang bahaya. Ini termasuk menindih atau menghimpit wayar dengan perabot, permaidani dan ada juga yang kes wayar penyambungan diletakkan di bawah tilam. Kesan himpitan itu boleh merosakkan penebat pada wayar itu menyebabkan pertembungan kuasa elektrik yang boleh mencetus percikan seterusnya api kebakaran.
4) Pengaliran elektrik ke lampu tidak berfungsi
Ini kerana mengalirkan elektrik ke lampu tidak berfungsi boleh menyebabkan haba meningkat seterusnya boleh mencetuskan percikan api dan berlaku kebakaran. Ia menyebabkan kapasitor dalam lampu itu rosak. Ramai yang tidak mengambil berat perkara ini dan menganggap tiada bahaya jika membiarkan lampu tidak berfungsi terus berada di panelnya tetapi suisnya dihidupkan, sedangkan ia boleh menjadi pembunuh senyap yang mencetuskan kebakaran tanpa diduga.
Apakah cara bagi mengelakkan kejadian lintar pintas berlaku? Antara cara-cara bagi mengelakkan kejadian litar pintas berlaku ialah:
1) Gantikan lampu yang tidak menyala itu dengan lampu baharu
Lebih baik gantikan lampu yang tidak menyala itu dengan lampu baharu, dan jika tiada kesempatan atau atas beberapa faktor lampu itu tidak dapat digantikan segera, cabutkan ia daripada panel lampu berkenaan. Menurut Penolong Ketua Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Timbalan Pesuruhjaya Bomba Zurkarnain Mohd Kassim, berkata dalam keadaan itu, adalah lebih baik suis lampu itu tidak dihidupkan atau cara yang lebih selamat adalah mengeluarkan lampu yang rosak dari panelnya.
2) Mengeluarkan lampu yang rosak dari panel
Jika ia panel untuk satu lampu, mungkin ia tidak menjadi masalah kerana kita tidak perlu hidupkan suisnya namun jika panel itu mengandungi lebih daripada satu lampu dan kita perlu hidupkan bagi menggunakannya, adalah lebih baik lampu rosak dikeluarkan agar tiada arus elektrik dialirkan.
3) Melakukan penyelenggaraan atau pemeriksaan sistem pendawaian elektrik
Pemilik rumah atau bangunan perlu melakukan penyelenggaraan atau pemeriksaan sistem pendawaian elektrik sekurang-kurang lima tahun sekali untuk memastikan tiada sebarang kerosakan berlaku pada litar atau peralatan elektrik yang digunakan. Ini kerana katanya, penyelenggaraan berskala tidak boleh diambil mudah kerana sudah banyak kes kebakaran berpunca daripada elektrik terutama disebabkan litar pintas di laporkan berlaku di seluruh negara dan sudah banyak mengorbankan nyawa.
# Litar pintas# Lapisan penebat nipis# Lebihan beban#Pendawaian terputus separa# Fenomena penjejaka# Fenomena pengkarbonan# Kebocoran elektrik# Litar pintas akibat daripada retakan penebat kabel# Lebihan beban aliran kuasa# Pemanasan setempat pada terminal disebabkan sambungan longgar# Pemasangan salah iaitu dari segi penggunaan saiz wayar dan fius# Kebocoran arus elektrik disebabkan kerosakan kabel atau penebat#fire#firefighting#firesolution#fireuae#fireservice#firealarm#firedetection#firehose#fireextinguisher#firesystem#firesprinklers#firehydrant#fireawareness#fireextinguisherservice#pemadamapi#servispemadamapi#kebakaran#
Comments