Search

Langkah Keselamatan Ketika Kilat & Ribut Petir




RIBUT PETIR - satu sistem ribut yang dikenali dengan kehadiran kilat dan petir yang dihasilkan oleh awan kumulonimbus selain hujan atau hujan batu yang lebat. Ribut petir adalah ribut yang paling lazimberlaku di dunia. Menurut Encyclopedia Britannaca, purata tenaga yang dihasilkan semasa ribut petir adalah lebih kurang 10 gigawatt/jam, bersamaan dengan kepala peledak nuklear 20 kiloton. Ribut petir dahsyat pula boleh jadi 10 hingga 100 kali lebih kuat.


Ribut petir boleh berlaku di mana-mana sahaja di bumi, dengan kawasan kutub sebagai kawasan yang paling kurang mengalami ribut petir, dan kawasan yang paling kurang mengalami ribut petir, dan kawasan beriklim khatulistiwa sebagai kawasan yang paling kerap mengalami ribut petir.


Kilat berlaku sebelum, semasa dan selepas hujan. Ambil langkah keselamatan apabila kilat berlaku 6 batu (9.6km) dari tempat kita berada. Untuk mengira jarak kilat gunakan teknik "Flash to Bang" (Kilat ke Guruh).


Kiraan 5 saat dari masa kilat kelihatan dan guruh kedengaran ialah jarak 1 batu (10 saat = 2 batu, 20 saat = 4 batu, 30 saat = 6 batu). Sekiranya tempoh antara kilat dan guruh ialah kurang daripada 30 saat, langkah keselamatan berikut hendaklah diambil.


Hanya 30 minit selepas kejadian kilat serta ribut petir barulah boleh dianggap selamat.



LANGKAH KESELAMATAN APABILA BERADA DI DALAM BANGUNAN


  • Matikan semua peralatan elektrik dan tanggalkan plag dari soket dinding jika jika perlu.

  • Jangan gunakan telefon, talian rumah / pejabat, gunakan telefon bimbit jika perlu sahaja.

  • Jangan duduk berhampiran pintu dan tingkap yang menghadap luar rumah.

  • Elakkan berada di bilik air atau menyentuh paip yang diperbuat daripada besi.


LANGKAH SELEMATAN APABILA BERADA DI RUMAH


  • Cari perlindungan di bangunan besar seperti kedai, pejabat dan rumah yang mempunyai besi perangkap kilat (lightning arrester).

  • Jika tiada, cari perlindungan di bangunan dalam kereta, van atau lori dan semua tingkap ditutup rapat.

  • Jika tiada, berlindung di kawasan rendah yang tiada objek logam seperti dalam parit, longkang, tanah berlekuk dan sebagainya.

  • Boleh mencari perlindungan di kawasan hutan tebal yang dikelilingi pokok-pokok yang banyak serta sama tingginya.

  • Duduk dalam keadaan menyangkung, kaki dirapatkan dan letak tangan pada telinga.

  • Jangan berlindung di pondok telefon, pondok bas, bangsal, khemah atau di bawah pokok.

  • Jangan berada di kawasan lapang seperti padang bola atau padang golf dan sebagainya.

  • Jangan berada di kawasan berair seperti tasik, sungai, paya, kolam mandi, taman tema air dan sebagainya.

  • Jangan berada di bawah kabel elektrik.

  • Jangan berada di tempat berhampiran logam seperti pagar, tiang telefon atau tiang elektrik.

  • Apabila berada dalam bot dan anda tidak sempat ke daratan pastikan anda duduk rendah di tengah bot. Jangan letakkan tangan atau kaki anda ke dalam air.



#sayangimalaysia #thebestfireextinguishermalaysiasupplierinmalaysia #thebestsuppliersfireextinguishermalaysia #fireextinguishersmalaysia #firecompetentmalaysia #alatpemadamapimalaysia #portablefireextinguishers #fireextinguishersequipment

603 views

OUR MISSION

providing a quality, fast and flexible services to meet customers level of satiscaftion.

HEADQUARTERS

BRANCH

Negeri Sembilan

No 2, Bangunan Kedai

Taman Serting Jaya

72100 Bahau, Negeri Sembilan.

P +60 64541987

Melaka

Taman Tasik Utama,

Ayer Keroh, Melaka.

P +60 132419000

Selangor

Bandar Banting Baru,

Banting, Selangor.

P +60 146050098

  • Facebook Social Icon
  • LinkedIn Social Icon
  • Twitter Social Icon
  • YouTube Social  Icon

STAY CONNECTED

Johor

Horizon Hills,

Iskandar Puteri,Johor

P +60 72300045

E MAIL

SHORTCUTS