Api kebakaran boleh diklasifikasikan kepada 4 jenis iaitu;
1. Kelas A Api berpunca daripada bahan pepejal (kecuali logam) sepeti kayu, kertas, kain, plastik dan sebagainya.
2. Kelas B Berpunca dari bahan cecair yang mudah terbakar seperti minyak petrol, gas dapur, diesel, varnis, cat dan sebagainya.
3. Kelas C Berpunca dari gas atau wap yang mudah terbakar seperti hidrogen, methane, propane, oxy-acetylene, gas LPG dapur dan sebagainya.
4. Kelas D Berpunca dari bahan logam seperti magnesium, aluminium, natrium, kalium dan sebagainya.
5. Kelas E Berpunca dari bahan masakan seperti minyak masak atau lemak.
1)Alat Pemadam Api Jenis Serbuk Kering
Catatan : Dilabel dengan pelekat berwarna biru, alat pemadam api jenis ini mampu untuk memadamkan kebakaran yang melibatkan bahan logam dan bukan logam. Antara contoh bahan-bahan tersebut ialah kalium, magnesium,
natrium dan titanium. Keistimewaan alat pemadam api kelas ini ialah ia juga mampu untuk memadamkan mampu memadamkan semua jenis kebakaran. Alat pemadam api jenis serbuk kering dipercayai lebih berkesan berbanding dengan alat pemadam api jenis karbon dioksida.
Semua jenis alat pemadam api ini hanya boleh digunakan sekali sahaja dan tidak mampu untuk memadamkan kebakaran yang besar. Setiap alat pemadam api ini perlulah diletakkan di tempat-tempat yang boleh dilihat dan sewajarnya digantung untuk mengelakkannya daripada rosak. Alat-alat pemadam api ini juga perlu diperiksa sekurang-kurangnya sebulan sekali ianya berada dalam keadaan yang baik dan sedia untuk digunakan. Sebelum mennggunakan alat pemadam api haruslah dipastikan jenis alat pemadam api itu terlebih dahulu kerana jika terguna jenis yang salah tidak akan memberi sebarang kesan malah akan menyebabkan kebakaran menjadi lebih besar lagi.
2) Alat Pemadam Api Jenis Karbon Dioksida Catatan: Kebakaran yang berpunca daripada arus elektrik seperti papan transformer, peralatan kuasa elektrik, gas dan wap hanya boleh dipadamkan dengan alat pemadam api jenis karbon dioksida. Antara kelebihan alat pemadam api yang dilabel dengan pelekat berwarna hitam ini ialah gas tersebut tidak mengalirkan elektrik dan dapat menembusi tempat-tempat yang mempunyai permukaan yang kecil. Namun harus diingatkan bahawa alat pemadam api jenis ini tidak sesuai untuk memadamkan kebakaran jenis lain dan juga tidak mampu untuk memadamkan kebakaran yang besar.
3) Alat Pemadam Api Jenis Air
Catatan: Alat pemadam api jenis air akan dilabel dengan pelekat yang berwarna merah. Kebiasaannya alat pemadam api jenis air digunakan untuk memadamkan kebakaran yang melibatkan bahan pepejal seperti kain, kertas dan kayu. Alat pemadam api jenis ini amatlah berbahaya jika digunakan untuk kebakaran elektrik kerana ia dikenali sebagai konduktor elektrik yang baik.
4) Alat Pemadam Api Jenis Buih
Catatan: Jika kebakaran melibatkan bahan cecair ataupun gas yang mudah terbakar seperti minyak, cat, vanish, gas asli dan gas asetilina maka alat pemadam api jenis buih perlu digunakan. Alat pemadam api jenis ini dapat dikenali melalui pelekat yang berwarna krim dan berfungsi untuk menyelimut dan menurunkan suhu. Ini merupakan jenis alat pemadam api yang sering digunakan oleh pihak Bomba Jabatan Penerbangan.
Comments