top of page

KESILAPAN YANG SERING DILAKUKAN.



KESILAPAN PEMILIHAN ALAT PEMADAM KEBAKARAN RUMAH! Seringkali bila berlaku kebakaran, kita akan dengar orang akan jerit “air, air,air…air..” Betul kan?? Tidak semua kebakaran boleh dipadam dengan air. Memanglah air itu agen memadam api yang utama tapi kita kena tengok pada situasi. Api boleh jadi terpadam atau ia boleh jadi akan terus akan merebak dengan lebih marak. Situasinya : Jika isteri-isteri atau mak-mak kita tengah masak gunakan minyak dan berlakunya kebakaran melibatkan minyak masak, kita tak boleh gunakan air sebagai alat untuk memadamkan api, kerana air dan api tidak boleh bersatu.


Air akan menyebabkan api yg sedang terbakar diatas minyak tersebut akan terus merebak dan akan meyambar benda-benda lain yang mudah terbakar (contoh: kain, langsir dsb).




3 LANGKAH BERKESAN JIKA KEBAKARAN LIBATKAN KEBAKARAN MINYAK: 1. Gunakan kain basah dan tutup periuk/kuali tersebut untuk padamkan api di permukaan. 2. Gunakan penutup periuk dan tutup kuali/periuk yang sedang terbakar, untuk putuskan sumber oksigen yang membantu proses kebakaran. 3. Gunakan alat pemadam api yang betul.



272 views0 comments

Recent Posts

See All
bottom of page