top of page

Keselamatan Ketika Memasak



  • Jangan memasak apabila anda rasa mengantuk, pening, keracunan atau setelah mengambil ubat yang menyebabkan mengantuk.

  • Jangan biarkan aktiviti memasak tanpa diawasi.

  • Elekkan meletak pemanggang periuk, tuala atau sebarang kelengkapan berhampiran dengan alat pembakar seperti ketuhar.

  • Jangan biarkan kanak-kanak atau binatang peliharaan anda bermain berhampiran dapur (adakan zon bebas kanak-kanak, jarak satu meter.

  • Jangan letakkan sebarang bahan mudah terbakar seperti kertas, kain dan plastik terlalu hampir dengan dapur memasak.

  • Pastikan rak dapur bersih. Sisa tumpahan bahan masakan yang berminyak dan kotor boleh sambar api.

  • Semasa memasak, gunakan pakaian berlengan pendek yang tidak terlalu longgar bagi mengelakkan pakaian tersentuh api.

  • Selalu gunakan sarung tangan yang mempunyai ketahanan api. Berhati-hati apabila menggunakan sarung tangan akan menjadi stim yang boleh menyebabkan tangan anda melecur.

  • Pusingkan pemegang periuk ke arah dalam bagi mengelakkan dilanggar atau ditarik oleh kanak-kanak.

  • Makanan yang dimasak dalam microwave boleh menghasilkan tahap kepanasan yang terlalu tinggi. Bukakan penutup dengan cermat bagi mengelakkan sambaran stim.

  • Ingatkan kanak-kanak bahawa penutup yang panas amat merbahaya.

  • Belajar cara-cara untuk memadam kebakaran kecil.

  • Sekiranya boleh sediakan alatan mencegah kebakaran di dapur iaitu 'fire blanket'.



1,274 views0 comments

Recent Posts

See All
bottom of page