MEMASAK
Anda hanya boleh memasak jika dibenarkan. Jika menggunakan dapur, pastikan bersih dan tidak bersepah.
Elakkan daripada menggunakan perkakas elektrik secara berterusan atau membebankan palam pencucuh elektrik.
Jangan biarkan aktiviti memasak tanpa diawasi. Jikan api bermula dari ketuhar mikro gelombang, pastikan pintu ditutup dan tanggalkan plug dari soket. Jangan cuba untuk memindahkan bekas yang terbakar dari ketuhar mikro gelombang.
MEROKOK
Jika anda ingin merokok, pergi ke tempat yang dibenarkan untuk merokok.
Gunakan bekas rokok yang besar dan berat. Pastikan puntung rokok dipadamkan sepenuhnya sebelum dibuang.
Jangan sekali-kali merokok sambil berbaring di atas katil.
Adalah berbahaya jika anda merokok dalam keadaan mabuk atau setelah mengambil ubat-batan boleh menyebabkan mengantuk.
LILIN
Pengendalian lilin yang tidak betul boleh mengakibatkan bencana. Statistik menunjukkan bahawa kebakaran rumah akibat salah mengendalikan lilin kian meningkat.
Lilin hanya boleh dinyalakan jika penggunaannya dibenarkan.
Letakkan lilin jauh dari dinding, langsir, barangan perhiasan dan cecair mudah terbakar.
Letakkan lilin di atas tempat yang stabil dan jangan biarkan ia menyala sampai ke hujungnya.
Jangan biarkan titisan lilin menitis pada bahan mudah bakar.
SENTIASA BERSEDIA MENGHADAPI KEBAKARAN
Bangunan di tempat anda mempunyai pelan pengungsian. Pelajarilah dan cuba turut serta dalam latihan kebakaran, seolah-olah ianya seperti kejadian yang sebenar. Tanda bahaya yang palsu bukanlah satu jenaka, laporkan dengan segera kepada pihak Bomba.
Kenal pasti setiap lokasi pintu keluar di bangunan itu. Ini bagi memastikan diri dapat keluar walaupun dalam keadaan gelap sekiranya berlaku kebakaran.
Alat pengesan asap dapat membantu menyelamatkan diri anda hampir 50% lebih tinggi berbanding bangunan yang tidak memilikinya. Jangan cuba alihkanbateri daripada pengesan asap.
Sistem pancuran basah / kering dapat menyelamatkan nyawa dan harta benda anda daripada dijilat api. Ia dapat melindungi kawasan persekitaran dengan memadam dan mengawal kebakaran. Jangan cuba menggantung apa saja barang pada paip pancuran ataupun muncungnya.
Alat pemadam kebakaran dapat mengawal kebakaran yang kecil. Jangan bermain dengan alat pemadam kebakaran.
Apabila terdengar loceng keselamatan berbunyi, segera beredar. Tutup pintu sebaik sahaja anda meninggalkan tempat itu. Jika anda tidak dapat melarikan diri, kembali semula ke bilik anda.
TIPS MENYELAMATKAN DIRI
Dalam keadaan yang dipenuhi asap, anda boleh menyelamatkan diri dengan cara merangkak dan pastikan kepala anda berada di ZON SELAMAT untuk bernafas, iaitu di bahagian satu hingga dua kaki (30 hingga 60 cm) dari papas lantai di mana pada tahap ini udaranya bersih.
Sekiranya anda terperangkap di bilik semasa kebakaran, sebelum membuka pintu anda hendaklah merasai kehangatan daun pintu, tombol dan bingkai pintu dengan menggunakan belakang tangan. Sekiranya daun pintu dan tombol terasa panas, jangan buka pintu dan carilah jalan jalan keluar alternatif. Sekiranya daun pintu tersebut tidak panas, anda hendaklah melutut dan melekapkan bahu ke daun pintu secara perlahan-lahan dan berhati-hati. Sebaliknya jika asap dan haba mula memasuki bilik, tutup pintu rapat-rapat dan gunakan jalan keluar alternatif.
Sejiranya anda terperangkap, hubungi pihak Bomba dengan segera. Maklumkan kedudukan anda. Tutup ruang di bawah pintu dengan menggunakan selimut, cadar, tuala dan sebagainya bagi mengelakkan asap masuk ke ruang bilik.
Beri isyarat dengan berdiri berhampiran tingkap anda. Sekiranya tingkap boleh dibuka, buka sedikit di bahagian atas dan bawahnya. Sekiranya asap masuk ke bilik, tutup tingkap dengan segera. Tiada satu pun bangunan yang benar-benar selamat. Walaupun bilik asrama atau rumah anda diperbuat daripada konkrit, ianya dapat menghasilkan toksik yang berpunca daripada api yang kecil.
#sayangimalaysia #fireextinguisher #thebestfireextinguishermalaysiasupplierinmalaysia #fireextinguisher #thebestsuppliersfireextinguishermalaysia #fireextinguisher #fireextinguishersmalaysia #firecompetentmalaysia #fireextinguisher #alatpemadamapimalaysia #fireextinguisher #portablefireextinguishers #fireextinguisher #fireextinguishersequipment #fireextinguisher
Comments