top of page

KESELAMATAN JALANRAYA TANGGUNGJAWAB BERSAMA



Tindakan Yang Perlu Anda Lakukan Jika Berlaku Kebakaran Kereta

  • Hentikan kenderaan anda di lorong kecemasan

  • Matikan suis penghidup enjin

  • Pasangkan tanda amaran lalu lintas 15m dari belakang kenderaan anda (jika ada)

  • Tarik penarik pembuka penutup enjin

  • Gunakan alat pemadam api dan padamkan kebakaran melalui jeriji radiator atau pada celah bukaan penutup enjin

  • Sekiranya kebakaran telah dipadamkan, buka penutup enjin dan bersedia dengan alat pemadam api kerana dikhuatiri kebakaran berlaku semula

  • Tanggalkan terminal bateri

  • Minta bantuan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dengan menghubungi 999



Tindakan Yang Perlu Anda Lakukan Jika Berada Di Dalam Situasi Kemalangan Jalanraya


1) Hubungi 999 untuk bantuan

2) Berikan semua maklumat yang diminta oleh telefonis 999 seperti berikut:

  • Nama dan nombor telefon anda

  • Lokasi kemalangan

  • Bilangan kenderaan terlibat

  • Jumlah mangsa dan kecederaannya (jika boleh memberikan maklumat)

  • Keadaan lalu lintas di kawasan kemalangan

  • Jenis kenderaan yang terlibat dalm kemalangan (kereta, bas, lori tangki atau sebagainya)

3) Jika anda dapat mengesan ada berlaku kebocoran gas atau kebocoran bahan bakar, atau kemalangan yang melibatkan bahan bahaya, bergeraklah ke kawasan yang selamat dan hubungi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia atau Balai Bomba yang berdekatan.

4) Jangan tinggalkan kawasan kemalangan sehingga anda telah memberikan maklumat kepada mana-mana pegawai yang bertanggungjawab.




48 views0 comments

Recent Posts

See All
bottom of page