Tahukah anda bahawa setiap pemadam api yang dibeli perlu diservis setiap tahun? Semestinya ramai yang tahu bahawa alat pemadam api yang sedia ada perlu diservis agar ianya sentiasa berada dalam keadaan yang baik dan selamat digunakan. Namun pernahkah terlintas di fikiran kita, mengapa ianya perlu diservis setiap tahun dan kenapa tidak diservis bila-bila masa sahaja?
Jadi artikel ini akan membincangkan beberapa sebab mengapa ianya perlu diservis setiap tahun.
1. Memperbaharui lesen bomba
Seperti lesen memandu, lesen bomba yang terdapat pada alat pemadam api juga perlu diperbaharui setiap tahun. Hal ini merupakan punca utama kenapa sesebuah alat pemadam api itu perlu diservis setiap tahun. Kegagalan untuk memperbaharui lesen pemadam api ini boleh menyebabkan pemilik itu berhadapan dengan masalah jika pemeriksaan oleh pihak bomba dilakukan. Selain itu juga, jika ia dimiliki oleh sesebuah premis mereka akan berhadapan dengan masalah semasa ingin memperbaharui lesen PBT kerana syarat untuk memperbaharui lesen tersebut adalah lesen bomba mestilah dalam keadaan yang sah.
2.Debu pemadam api tidak menjadi keras
Alat pemadam api perlu digantung di dinding agar dapat mengelakkan kemalangan kecil seperti sekiranya berada di lantai ianya lebih mudah untuk tumbang dan ianya boleh membawa bahaya lebih-lebih lagi pada kanak-kanak yang masih kecil. Oleh kerana ianya digantung, ia akan berada dalam keadaan menegak untuk jangka masa yang lama. Perkara ini menyebabkan debu sentiasa berada di bahagian bawah alat pemadam api. Keadaan ini mampu menyebabkan debu itu menjadi keras jika berada dalam keadaan itu terlalu lama. Oleh itu ianya perlu diservis supaya kita dapat memastikan bahawa kondisi debu itu sentiasa berada dalam keadaan baik.
3. Memastikan tekanan udara sentiasa dalam keadaan baik
Tekanan udara di dalam alat pemadam api akan berkurang dari masa ke semasa tanpa kita sedar. Hal ini akan menyebabkan keberkesanan alat pemadam api ini berkurang. Dan sekiranya tekanan udara di dalam alat pemadam api ini hilang sepenuhnya, maka ianya tidak dapat digunakan lagi. Maka sebelum perkara ini terjadi pemilik alat pemadam api tersebut perlulah memastikan bahawa alat itu diservis pada organisasi yang boleh dipercayai dan berpengalaman seperti Zurith Safety Service Sdn Bhd.
Berdasarkan laporan oleh Suruhanjaya Keselamatan Produk Pengguna Amerika Syarikat, seorang wanita Indiana pernah berada dalam situasi yang cemas apabila beliau cuba untuk memadamkan api yang membakar pemanggang rotinya namun gagal kerana alat pemadam api tersebut tidak mengeluarkan apa-apa dan kondisinya adalah rosak sepenuhnya. Hal ini kerana wanita tersebut tidak pernah menyervis alat pemadam api beliau.
Bagi mengelakkan sebarang perkara buruk dari terjadi maka kita perlulah sentiasa memastikan alat pemadam api kita diservis setiap tahun dan sentiasa berada dalam keadaan yang baik.
Bình luận