Bagi meningkatkan tahap keselamatan dan memudahkan golongan kurang upaya menyelamatkan diri, perkara-perkara berikut perlu diberi perhatian
GOLONGAN KURANG UPAYA
Memasang alat pengesan asap jenis kuasa bateri di bilik tidur mereka.
Memasang talian telefon di bilik tidur mereka bagi memudahkan membuat panggilan kepada pihak Bomba.
Bilik tidur mereka ditempatkan di aras bawah. Sebaiknya pintu bilik setentang atau menghadap pintu masuk untuk memudahkan mereka menyelamatkan diri jika berlakunya kebakaran. Jika bilik tidur mereka di tingkat atas, buat pelan perancangan yang sesuai dan teliti untuk memudahkan mereka menyelamatkan diri.
KANAK-KANAK
Kita mungkin tidak dapat membantu mereka untuk meyelamatkan diri ketika kebakaran. Oleh itu, langkah terbaik adalah mengajar anak anda cara-cara menyelamatkan diri.
Berikan penerangan kepada anak anda mengenai tatacara pengungsian rumah.
Adakan latihan supaya mereka dapat membiasakan diri.
Bagi kanak-kanak yang berumur kurang 3 tahun, adalah sukar untuk menyelamatkan diri. Tempatkan mereka bersebelahan dengan bilik anda atau anak-anak yang lebih tua.
Pelan tindakan pengungsian rumah semasa kecemasan hendaklah direka khas bagi tujuan menyelamatkan mereka.
PENGASUH BAYI
Ramai ibubapa yang menggaji pengasuh. Oleh itu, pengasuh perlu diajar cara untuk menyelamatkan dirinya dan anak anda jika berlaku kebakaran.
Berikan penerangan kepadanya mengenai tatacara pengungsian rumah.
Adakan latihan supaya mereka dapat membiasakan diri.
Tunjukkan cara untuk menghubungi Balai Bomba dan Penyelamat sekiranya berlaku kebakaran. Maklumat yang perlu diberikan kepada pihak Bomba dan Penyelamat ialah nama dan alamat rumah, jenis kecemasan, nama pemanggil dan nombor telefon pemanggil.
Menyediakan senarai nombor telefon polis, hospital dan jiran untuk makluman dan tindakan mereka.
Pastikan pengasuh dan anak anda meninggalkan rumah jika berlaku kebakaran atau kecemasan.
#sayangimalaysia #fireextinguisher #thebestfireextinguishermalaysiasupplierinmalaysia #fireextinguisher #thebestsuppliersfireextinguishermalaysia #fireextinguisher #fireextinguishersmalaysia #firecompetentmalaysia #fireextinguisher #alatpemadamapimalaysia #alatpemadamapimalaysia #portablefireextinguishers #fireextinguisher #fireextinguishersequipment #fireextinguisher
Comentarios