Berikut merupakan kriteria yang perlu dititikberatkan apabila meletakkan alat pemadam api di sesuatu lokasi.
1) KEMUDAHAN MENGAKSES
Alat pemadam api perlu ditempatkan pada kedudukan yang selamat, mudah dilihat dan dilaluan keluar untuk menyelamatkan diri jika berlakunya kebakaran (pintu keluar, koridor, tangga, dan lobi) dan tidak ditempatkan di lokasi yang berpotensi berlakunya kebakaran.
2) JARAK YANG SESUAI
Alat pemadam api perlu ditempatkan pada jarak 20m dari lokasi berpotensi berlakunya kebakaran dan boleh dicapai dengan mudah.
3) KEDUDUKAN YANG TETAP
Alat pemadam api perlu dipastikan sentiasa berada di tempat yang telah ditetapkan.
4) BERAT ALAT PEMADAM API DAN KETINGGIAN DARI PARAS LANTAI
Alat pemadam api dengan jumlah berat kurang atau sama dengan 4kg perlu dipasang kira-kira 1.5m dari aras lantai manakala alat pemadam api dengan jumlah berat melebihi berat 4kg perlu dipasang 1m dari aras lantai.
5) KEPERLUAN KOTAK PENYIMPANAN KHAS
Kotak penyimpanan khas perlu dikhaskan sekiranya alat pemadam api ditempatkan pada persekitaran almosfera yang menghakis atau berpotensi disimbahi dengan cecair menghakis.
6) PAPAN TANDA KEDUDUKAN ALAT PEMADAM API
Lokasi alat pemadam api perlu dilengkapi dengan papan tanda yang menunjukkan kedudukannya dan juga tatacara penggunaan alat pemadam api.
תגובות