top of page

Kebakaran Membunuh "CEGAHLAH"



Pengendalian lilin / pelita yang tidak betulboleh mengakibatkan bencana. Statistik kebakaran rumah akibat penyalahgunaan lilin / pelita kian meningkat.

  • Pastikan lilin atau sebarang punca api yang digunakan di dalam pengawasan anda.

  • Padamkan semua lilin sebelum meninggalkan bilik atau sebelum tidur.

  • Penggunaan lilin di dalam bilik tidur adalah tidak digalakkan. Jika tidak dapat dielakkan, pastikan lilin diletakkan di tempat yang bebas dari langsir, kain, perabot, majalah dan suratkhabar.

  • Pastikan lilin tidak diletakkan berhampiran dengan cecair mudah bakar.

  • Elakkan memasang lilin berhampiran tingkap atau pintu, di mana ia terdedah kepada tiupan angin yang boleh mengakibatkan ia mudah terbakar bila bertindak balas dengan api.


GUNAKAN PEMEGANG LILIN YANG:

  • Stabil

  • Tidak mudah menjadi condong atau miring

  • Bukan daripada bahan mudah bakar

  • Mempunyai ruang yang mencukupi bagi mengumpul titisan lilin atau jika lilin terjatuh

Letakkan lilin di tempat yang stabil, dan di atas permukaan meja yang tidak bersepah, jauh daripada bucu meja.


Elakkan dari terjatuh akibat dilanggar oleh kanak-kanak, binatang peliharaan atau tikus dan jika terjatuh pastikan ia tidak berhampiran atau terkena bahan mudah terbakar. Hidupkan lilin dengan cermat.


Pastikan rambut dan pakaian anda bebas dari punca api.


Pastikan sumbu lilin digunting pada satu perempat inci sebelum digunakan.


Padamkan lilin jika ia terbakar dalam dua inci dari pemegang lilin.


Padamkan lilin dengan cermat menggunakan pemadam lilin atau tiup dengan perlahan-lahan.


Padamkan dan sejukkan batang mancis yang digunakan bagi menghidupkan lilin sebelum membuangnya.



22 views0 comments

Recent Posts

See All
bottom of page