top of page

JUMLAH KES KEBAKARAN PREMIS KEDIAMAN DARI TAHUN 2016-2018


Kebakaran bangunan atau premis kediaman sering terjadi di Malaysia. Statistik di atas menunjukkan jumlah dan bilangan kes kebakaran mengikut premis kediaman di Malaysia dari tahun 2016-2018. Namun apakah punca dan sebab perkara ini sering berlaku?


1) Kes PERTAMA Tertinggi yang di rekodkan adalah RUMAH KEDIAMAN.

2) Kes KEDUA Tertinggi yang di rekodkan adalah RUMAH TERES.

3) Kes KETIGA Tertinggi yang di rekodkan adalah RUMAH FLAT.


Kes-kes kebakaran di atas mencatatakan 3 kes kebakaran yang tertinggi yang terjadi yang berkemungkinan dari pelbagai punca seperti kebakaran ketika memasak, peralatan pemanas, kebakaran elektrik, rokok, lilin, gas, minyak petrol dan lain-lain. Selain itu, orang awam sering cuai dan kurang peka tentang aspek-aspek keselamatan kebakaran terhadap premis di kediaman mereka. Oleh itu, setiap rumah disyorkan memiliki sekurang-kurangnya satu unit alat pemadam api sebagai langkah awal mencegah kebakaran.


Kes-kes kebakaran di premis lain seperti sekolah, hotel, asrama dan lain-lain mencatatkan jumlah kes yang kurang kerana kebanyakkan premis kediaman tersebut mempunyai aspek-aspek keselamatan seperti sistem kebakaran dan alat pencegah kebakaran iaitu alat pemadam api. Oleh hal yang demikian, jelas dan terbukti bahawa kediaman yang mempunyai alat dan sistem pencegah kebakaran mempunyai risiko yang paling rendah dan rekod kebakaran juga kurang berbanding kediaman yang tidak mempunyai sistem dan alat pencegah kebakaran.


#fire#firefighting#firesolution#fireuae#fireservice#firealarm#firedetection#firehose#fireextinguisher#firesystem#firesprinklers#firehydrant#fireawareness#fireextinguisherservice#pemadamapi#servispemadamapi#kebakaran#


671 views0 comments

Recent Posts

See All
bottom of page