top of page

Jom kenali punca kebakaran rumah

Mengikut statistik yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), pada tahun 2018 sebanyak 5,368 jumlah kebakaran yang telah direkodkan termasuk sekolah, tempat beribadah, ladang dan lain lain. Sehubungan dengan itu, bilangan kes terbanyak yang telah dilaporkan adalah kebakaran rumah kediaman iaitu sebanyak 1,327 kes bersamaan dengan 25% daripada keseluruhan kes. Perkara ini amatlah membimbangkan kerana ianya boleh memberikan kesan yang buruk kepada isi rumah tersebut. Oleh kerana itu kita perlulah mengenali apakah punca-punca yang boleh menyebabkan kebakaran di rumah supaya kita dapat menyelamatkan keluarga, diri serta harta benda yang berharga.




Sedarkah kita bahawa kebanyakan kes kebakaran yang berlaku di rumah kediaman adalah berpunca daripada kecuaian manusia itu sendiri. Hal ini dikukuhkan lagi dengan kenyataan dari pihak bomba mengatakan bahawa manusia sering menggunakan tenaga elektrik yang berlebihan dan sering cuai dalam mengendalikan perkakasan elektrik. Jadi marilah kita lihat apakah punca-punca yang boleh menyebabkan kebakaran rumah kediaman.



1. Penggunaan extension plug yang berlebihan


Penggunaan extension plug amatlah diperlukan tambahan lagi pada zaman kini kerana setiap ahli keluarga kini mempunyai gajet mereka tersendiri dan menyebabkan kekangan plug yang sedia ada. Namun perlu diambil perhatian agar tidak menggunakan extension yang berlebihan kerana ianya akan membebankan extension dan mendorong kepada peningkatan haba lalu mencetuskan litar pintas.



2. Kebocoran dapur gas


Selain air fryer, dapur gas merupakan satu keperluan dapur di setiap rumah maka sebagai isi rumah yang bertanggungjawab, kita perlulah memastikan bahawa dapur gas sentiasa berada dalam keadaan yang baik. Sekiranya terhidu perkara yang berada di luar kebiasaan kita maka perlulah memastikan apakah punca kepada bau yang pelik tersebut kerana sekiranya ianya berpunca daripada kebocoran gas maka wajib melaporkan kepada pihak bomba secepat mungkin dan menutup semua penggunaan elektrik serta elakkan dari menggunakan segala barang yang boleh menghasilkan api seperti pemetik api, mancis dan lain-lain. Kita juga perlu mengosongkan rumah dengan segera demi mengelakkan kecederaan kepada ahli keluarga jika kejadian yang tidak diingini terjadi.



3. Cecair mudah terbakar


Sekiranya terdapat cecair yang mudah terbakar di rumah seperti alkohol, thinner, minyak tanah dan lain-lain maka perlulah dititikberatkan tentang bagaimanakah cecair tersebut disimpan kerana jika diletakkan di tempat yang tidak sepatutnya ianya boleh menyebabkan tumpahan dan sekiranya terdapat hanya sedikit percikan api maka ia akan merebak dengan sangat cepat lalu membakar rumah tersebut.



4. Ubat nyamuk dan lilin


Lingkaran ubat nyamuk masih lagi digunakan walaupun terdapat pelbagai jenis ubat nyamuk yang menggunakan tenaga elektrik. Jadi kepada sesiapa yang menggunakan lingkaran ini, maka perlu diingatkan supaya tidak meletakkan bahan mudah terbakar sebagai alas. Konsep ini juga perlu diterapkan semasa penggunaan lilin dan lilin juga perlu diletakkan jauh daripada bahan mudah terbakar kerana kita perlu mengelakkan sebarang kemungkinan yang boleh terjadi.



5. Rokok


Abu rokok atau puntung rokok yang tidak dibuang pada tempat sepatutnya boleh menghasilkan api tanpa disedari kerana abu dan puntung rokok masih mempunyai bara api yang tidak terpadam. Bara api ini boleh menyalakan api jika terkena pada bahan mudah terbakar.



1,533 views0 comments

Recent Posts

See All
bottom of page