1) Bunyikan Alat Penggera
Jika anda mengetahui atau mengesyaki ada kebakaran, segera bunyikan alat penggera pada bangunan. Sekiranya tidak terdapat alat penggera dalam bangunan, beri amaran kepada penghuni untuk beredar sambil mengetuk-ngetuk pintu dan menjerit.
2) Tinggalkan Bangunan
Cuba untuk menyelamatkan mangsa yang lain sekiranya anda boleh melakukannya dengan selamat. Jauhkan diri anda dari bangunan yang terbakar dan juga beri laluan kepada ahli bomba yang sedang menjalankan tugas. Anda boleh pulang semula ke bangunan hanya setelah pihak bomba mengesahkan tempat kejadian selamat.
3) Hubungi Pihak Bomba
Dail 999 dan beri seberapa banyak informasi kepada talian kecemasan tentang kejadian yang berlaku.
4) Merangkak Sekiranya Ada Asap
Jika anda terperangkap di kawasan yang penuh dengan asap, tunduk kebawah dan merangkak perlahan-lahan. Udara yang lebih bersih adalah udara yang berdekatan dengan lantai kerana pada kebiasaannya, asap kebakaran akan memenuhi ruang atas.
5) Pastikan Keadaan Pintu Sebelum Membuka
Sebelum membuka pintu, pastikan tombol pintu besi berkenaan tidak panas. Sekiranya ia panas, jangan dibuka, tetapi sekiranya ia tidak panas sandarkan diri anda berdekatan pintu tersebut. Pastikan, sekiranya anda membuka pintu tersebut dan asap tebal mula memasuki bilik, anda haruslah menutup kembali pintu tersebut dan tetap berada di bilik itu.
6) Menuju ke Laluan Tangga / Pintu Keluar Yang Berdekatan
Sekiranya pintu keluar telah dipenuhi asap tebal atau kebakaran, segera ke pintu keluar yang lain.
7) Jangan Gunakan Lif
Pastikan anda tidak menggunakan lif sekiranya ada kebakaran, malah gunakan pintu kecemasan untuk keluar. Lif mungkin akan dipenuhi asap dan juga sistem mungkin akan tergendala dan anda akan terperangkap di dalam . Laluan tangga akan memastikan anda terselamat dari api serta asap kebakaran sehingga anda berjaya keluar dari bangunan.
Comments