Terdapat pelbagai jenis alat pemadam api. Di antaranya adalah alat pemadam api jenis air, alat pemadam api jenis debu kering, alat pemadam api jenis gas, dan alat pemadam api jenis buih.
ALAT PEMADAM API JENIS AIR (WATER)
Kandungan: Diisi dengan air biasa sebanyak 9 Liter
: Dicampur dengan sodium nitrate untyuk mengelakkan air jadi beku dan silinder berkarat.
Jarak Pancutan: 20 kaki hingga 25 kaki
Jangkamasa Pancutan: 60 hingga 120 Saat
Label atau warna: A (MERAH)
Bahan terbakar: kayu, sampah, plastic dan kain
Jangka hayat: 10 tahun
CARA TINDAKAN
-Apabila ditekan plugger, ia akan menebuk scaling desc cartridge dan gas co2 akan keluar.
-Gas co2 akan menolak air keluar melalui discharge tube dan keluar melalui nozzle.
-Alat pemadam api jenis ini sesuai untuk api kelas A.
KEBAIKAN
- Mudah dikendalikan.
- Boleh mengawal atau memadam api di peringkat awal.
- Cecair yang digunakan tidak merbahaya.
KEBURUKAN
- Hanya sekali sahaja boleh digunakan.
- Tidak sesuai memadam kebakaran alat elektrik dan logam.
- Tidak boleh diletakkan ditempat yang suhunya sejuk dan boleh membeku.
- Tidak boleh mengawal dan memadam kebakaran yang besar.
ALAT PEMADAM API JENIS DEBU KERING (DRY POWDER)
1) Jenis Cartridge
2) Stored pressure
Kandungan
- Sodium bikarbonat: 97%
- Magnesium stearate: 1.5%
- Magnesium karbonat: 1%
- Trikalsium karbonat: 0.5%
Jarak Pancutan: 15 kaki hingga 20 kaki
Jangkamasa Pancutan: 2 Minit
Label atau warna: ABC (BIRU)
Bahan terbakar: semua jenis bahan
Jangka hayat: 12 tahun
CARA TINDAKAN
-Bila plugger ditekan, gas co2 akan menolak debu kering keluar melalui nozzle. Alat pemadam api ini sesuai digunakan untuk semua kelas api.
KEBAIKAN
- Mudah dan senang untuk dikendalikan
- Boleh mengawal atau memadam kebakaran api kelas A,B dan C dengan sungguh berkesan
- Pemadamannya lebih berkesan jika dibandingkan dengan alat pemadam api jenis air, buih atau co2
- Pengeluaran (pancutan) boleh dikawal oleh operating lever.
KEBURUKAN
- Hanya sekali sahaja boleh digunakan.
- Debunya boleh mendatangkan kerosakan pada bahan-bahan tertentu seperti enjin kereta, bahan makanan dan sebagainya.
- Tidak boleh memadam kebakaran api logam.
- Tidak boleh diletakkan ditempat yang suhunya sejuk dan boleh membeku
- Tepungnya boleh menjadi beku sekiranya ditempatkan di tempat yang sejuk.
Perhatian
Penempatan alat-alat pemadam api hendaklah diletakkan pada tempat yang boleh dilihat dan digantung supaya alat ini tidak rosak pada tabung dan juga isi kandungannya.
Pemeriksaan
1. Hendaklah diperiksa pada setiap bulan
2. Pastikan preasure guage pada tabung menunjukan kandungan penuh (hijau – penuh dan merah – kosong). Sekiranya berlaku kekurangan tekanan udara hendaklah dihantar ke agen servis untuk membuat pemeriksaan.
3. Sekiranya berlaku kekurangan tekanan hendaklah dihantar ke servis agen.
4. Pastikan tiada kerosakan atau kekaratan di bahagian di bahagian luar tabung.
5. Pastikan safety pin berada pada kedudukan yang betul.
6. Discharge nozel, hos dan operating lever ditentukan dalam keadaan baik dan bersih.
7. Setahun sekali dihantar ke servis agen yang berdaftar untuk pemeriksaan atau ujian mendapatkan kelulusan.
8. Pemeriksaan dan penyelenggaraan dibuat kepada alat pemadam api jenis catridge sahaja, manakala jenis stored pressure dibekal terus dari syarikat atau agen pembekal.
ALAT PEMADAM API JENIS GAS (Co2 & BCF)
Kandungan
- dalam tabung diisi dengan Co2 dalam bentuk cecair dalam tekanan.
- Mempunyai ukuran antara 2 hingga 5 ibs beratnya.
Jarak pancutan: 8 kaki ke 12 kaki dan perkembangan nisbahnya ialah 1:450
Jangka masa pancutan: 8 hingga ke 30 saat
Jenis gas : stored pressure
Gas dalam tabung berbentuk cecair yang dimampatkan.
Horn dihujung nozzle untuk memudahkan gas keluar secara spray dan menghala ke punca api.
Label atau warna: C/CO2 (HITAM)
Bahan terbakar: cal, minyak, petrol, lekar, gas dan peralatan elektrik
Jangka hayat: 10 tahun
KEBAIKAN
- Mudah untuk dikendalikan
- Boleh mengawal atau memadam kebakaran diperingkat awal dengan berkesan
- Gasnya bersih dan tidak membantu kebakaran
- Gasnya tidak mengalirkan elektrik
- Boleh menembusi di tempat-tempat permukaan kecil
- Gasnya tidak merbahaya pada kesihatan dan tidak meninggalkan kesan
KEBURUKAN
- Hanya sekali sahaja boleh digunakan
- Keberatan silindernya tidak sepadan dengan kandungan gas, berat keseluruhannya 5.3 kg tetapi mengandungi hanya 2.2 kg gas sahaja.
- Kandungan gas tidak dapat dilihat dan perlu ditimbang dari masa ke semasa untuk mengelakkan kekurangan daripada 10%
- Tidak sesuai memadam kebakaran api jenis A,B &D
- Tidak boleh mengawal atau memadam kebakaran yang sudah besar
Pemeriksaan
- pemeriksaan hendaklah dilakukan 3 bulan sekali
- pastikan silinder tidak berkarat
- plugger boleh digerakkan
- vent hole tidak tersumbat
- nozzle tidak tersumbat
- setiap 4 tahun tabung hendaklah dikenakan ujian hidrolik
- elakkan dari cahaya matahari terik, kerana ianya akan memberikan kesan kepada kandungan alat tersebut.
ALAT PEMADAM API JENIS BUIH (Foam)
Sesuai untuk memadam api kelas ‘B’ dan peranannya menyelimut dan menurunkan suhu dibawah suhu nyalaan (menyejukkan).
Kandungan
- Terdapat 2 tabung
- Tabung dalam (Alauminium Sulphate)
- Tabung luar (Sodium Bikarbonate / Stabilizer)
Jarak Pancutan: Lebih kurang 20 kaki
Jangka masa Pancutan: 30 hingga ke 90 saat.
2 cara untuk menghasilkan buih dalam alat pemadam api mudah alih, iaitu:-
1) Tindakbalas kimia: pencampuran dua bahan kimia iaitu sodium bicarbonate dengan aluminium sulfik.
2) Kandungannya ialah 9 liter air dan 0.5% AFFF (Aqueous Film Forming Foam) concentrate.
Jangka hayat: 10 tahun
Label atau warna: B (PUTIH/KUNING)
Bahan terbakar: minyak, cat, petrol, lekar, thinner dan gas.
Kadar perkembangan: 1:8
Cara menggunakannya
-Tabung diterbalikkan supaya dua bahan kimia ini bercampur dan menghasilkan buih, halakan kearah pangkal api.
KEBAIKAN
- Mudah untuk dikendalikan
- Buih boleh menutup permukaan cecair dan menyekat bekalan oksigen daripada membantu kebakaran
- Tidak terganggu daripada tiupan angin
- Boleh mengawal dan memadam kebakaran diperingkat awal dengan berkesan.
- Mudah diisi semula
KEBURUKAN
- Hanya boleh digunakan sekali sahaja
- Tidak boleh memadam api elektrik
- Tidak boleh memadam kebakaran kelas A,C dan D
- Sekiranya percampuran bahan kimia tidak betul, buihnya tidak dapat memadam kebakaran dengan berkesan
- Tidak sesuai digunakan dengan alat memadam api jenis dry powder kerana powder akan memecahkan buih.
Demikian artikel yang saya sampaikan mengenai jenis, kebaikan dan keburukan alat pemadam api. Semoga bermanfaat dan untuk mendapat maklumat yang lebih jelas, boleh layari laman web kami https://www.zurithsafety.com.my/ atau facebook kami https://web.facebook.com/zurithsafety/ atau anda boleh terus hubungi kami di
06-454 1987.
Comments