
Di zaman pandemik ini hand sanitizer merupakan perkara wajib yang setiap orang perlu miliki samada di pakai di rumah, di sediakan di dalam kenderaan persendirian mahupun ketika mahu keluar ke mana-mana. Tahukah anda bahawa hand sanitizer mempunyai tiga jenis. Jangan risau kerana walaupun hand sanitizer tersebut berbeza ianya masih mampu untuk melindungi diri kita daripada virus Covid-19.
Namun perlu diingatkan bahawa hand sanitizer yang dibeli mestilah mengandungi alkohol sebanyak 70% demi untuk memastikan keberkesanan hand sanitizer tersebut dalam membunuh virus Covid-19.
1. HAND SANITIZER GEL

Hand sanitizer jenis gel merupakan hand sanitizer yang sering digunakan untuk dibawa kemana-mana kerana ianya mudah dikeluarkan dan selalunya ianya dijual dalam botol kecil. Kebiasaannya hand sanitizer dijual dengan harga yang lebih murah kerana ia memang dipasarkan khas untuk dibawa ke mana-mana.
2. HAND SANITIZER CAIR

Kebiasaannya hand sanitizer jenis cecair digunakan untuk kegunaan yang lama dan banyak kerana ianya dipasarkan dengan kuantiti yang banyak berbanding hand sanitizer jenis gel. Ngo ataupon pertubuhan yang menawarkan perkhidmatan sanitize akan menggunakan sanitizer jenis cecair kerana ianya mudah untuk disembur di setiap sudut rumah.
3. HAND SANITIZER WIPES

Hand sanitizer jenis wipes adalah sanitizer yang jarang dilihat diguna pakai di khalayak umum. Hal ini kerana tujuan asal sanitize ini dicipta adalah untuk mengelap dan membersihkan peralatan yang sering digunakan seperti telefon bimbit, pemegang pintu, laptop dan lain-lain dan bukanlah dicipta untuk dipakai di tangan. Namun bukanlah bermaksud yang ianya tidak boleh digunakan untuk mengelap tangan kita. Ianya digunakan sebelum kita menyentuh apa-apa jenis barang yang kita ingin gunakan.
Comentários