Insuran/Takaful kebakaran: Keperluan atau Pilihan?

Updated: Mar 29

Insurans Kebakaran Individu adalah membayar kerugian atau kerosakan harta benda/premis anda apabila musnah/rosak akibat Kebakaran, Kilat atau letupan domestik.

Insurans Kebakaran Syarikat akan membayar kerugian atau kerosakan bangunan/harta benda anda apabila musnah/rosak akibat Kebakaran, Kilat atau letupan domestik.




Di Malaysia, terdapat tiga jenis polisi insurans rumah utama yang perlu diketahui iaitu:

1. Polisi kebakaran asas: Ia melindungi harta benda daripada kerugian atau kerosakan akibat kebakaran, kilat, atau letupan.

2. Polisi rumah: Ia melindungi harta benda daripada kerugian atau kerosakan akibat kebakaran, kilat, atau letupan serta banjir, paip pecah, dan sebagainya

3. Polisi isi rumah: Ia melindungi harta dan kandungannya terhadap kerugian atau kerosakan akibat kebakaran, kilat, atau letupan serta banjir, paip pecah, dan sebagainya. Dasar ini juga menyediakan liputan bagi anggota rumah yang diinsuranskan jika mereka cedera secara luka.




Selain tidak memahami risiko, isu lain yang pemilik kediaman terlepas pandang ialah tidak melindungi hartanah dengan nilai total semasa. Apabila pemilik melanggan insurans pada kadar lebih rendah daripada nilai rumah, ia turut menjejaskan jumlah pampasan dituntut.

"Sebagai contoh rumah bernilai RM300,000 tetapi nilai diinsuranskan pada kadar RM200,000. Kiraan anggaran pampasan ialah purata kerugian akan didarab dengan kadar yang diinsuranskan lebih rendah daripada kerugian ditanggung pemilik," katanya.


Dalam pada itu terdapat juga segelintir pemilik rumah atau bangunan culas membayar premium menyebabkan mereka mudah terdedah dengan risiko kerugian akibat kemusnahan harta benda. Ada juga pemilik tidak melindungi bangunan mereka dengan sengaja atau tidak sengaja. Dalam isu tidak mahu melanggan premium, pemilik berasakan proses tuntutan terlalu rumit. Ada juga tidak ditawarkan kerana jenis bangunan atau rumah berisiko tinggi iaitu material mudah terbakar atau dibina di kawasan lereng bukit dan tebing sungai.



Bangunan yang didiami perlulah selamat didiami dan mempunyai Sijil Perakuan Siap Dan Pematuhan atau dalam bahasa Inggerisnya Certificate of Completion and Compliance (CCC) adalah ganti kepada Sijil Layak Menduduki (CFO) yang mana digunakan sebelum ini. Untuk premis perniagaan perlu ada ciri-ciri keselamatan yang akan dapat mengurangkan kerugian seperti sistem penggera kebakaran dan sistem keselamatan yang sesuai seperti kunci, gril serta kamera litar tertutup (CCTV) untuk melindungi kerugian akibat pecah rumah untuk polisi isi kandungan rumah atau premis perniagaan. Dengan adanya ciri-ciri keselamatan ini, premium yang perlu dibayar mungkin akan lebih rendah berbanding premium akan dikenakan tanpa ciri-ciri keselamatan ini.


#fire#firefighting#firesolution#fireuae#fireservice#firealarm#firedetection#firehose#fireextinguisher#firesystem#firesprinklers#firehydrant#fireawareness#fireextinguisherservice#pemadamapi#servispemadamapi#kebakaran#

12 views0 comments

Recent Posts

See All