top of page

Harta Ratusan Ribu, Nyawa Anak2 Vs Alat Pemadam Api

Updated: Jan 10, 2019


Pernahkah tuan/puan terfikir tentang aspek keselamatan keluarga dan anak-anak kita? Kita banyak memberikan kemudahan berupa gajet, material dan macam-macam lagi kepada keluarga kita, bahkan tidak kurangnya mampu membeli kereta harga ratusan ribu, perabot yang beribu malahan puluh ribu, tapi adakah kita membeli alat pemadam api yang harganya cuma seratus lebih?


Kita mempunyai rumah, serta aset yang berharga ratusan ribu. Tapi tahukah anda segalanya boleh musnah dengan sekelip mata? Pernakah anda terfikir untuk menyimpan alat pemadam api dirumah yang harganya cuma seratus lebih.


Pihak bomba bukanlah superhero yang mampu memadamkan api dalam sekelip mata, mereka juga menggunakan jentera yang bergerak dijalan raya seperti tuan/puan, jika mereka tersekat dijalan ketika waktu puncak apakah yang dapat kita lakukan? Adakah kita hanya melihat harta benda kita hangus tanpa sebarang usaha? Rumah kayu boleh musnah lebih kurang 5 minit. Jika rumah tuan/puan jauh daripada balai bomba apakah tindakan tuan/puan?


Cuba lihat anak tuan/puan sekarang, senyuman mereka, adakah tuan/puan sanggup kehilangan gelak tawa tu kerana tidak mengutamakan aspek keselamatan kebakaran dirumah sendiri. Tidak kurangnya juga kita bila melihat insiden yg melibatkan mangsa kebakaran, kita menunding jari atas kesilapan orang lain tanpa menyedari, rumah kita masih kosong dalam aspek keselamatan kebakaran.





30 views0 comments

Recent Posts

See All
bottom of page