top of page
Writer's picturezurithsafety

Gas helium berbahaya?


Gas helium adalah salah satu gas yang sudah terkenal dan digunakan oleh pelbagai individu mahupun organisasi. Antara contoh peggunaan gas helium adalah pada tangki oksigen para penyelam laut. Gas helium akan dilarutkan dengan oksigen semasa mengisi tangki tersebut. Selain itu, penggunaan yang terkenal dikalangan kita adalah mengisi di dalam belon supaya belon dapat terapung dan dapat mengekalkan bentuknya dalam tempoh masa yang panjang. Namun perlu diberi perhatian jika terdedah kepadanya dalam kuantiti yang berlebihan boleh memudaratkan kesihatan kita.


Antara tanda-tanda seseorang itu telah keracunan gas helium adalah:


- Gangguan penglihatan

- Pening kepala

- Sesak nafas

- Sakit kepala

- Denyutan nadi menjadi laju

- Menyebabkan euforia

- Kekejangan otot

- Tidak sedarkan diri


Sekiranya terdapat tanda-tanda seperti berikut semasa mengendalikan gas helium maka segeralah bertemu dengan doktor untuk mendapatkan pemeriksaan yang lebih terperinci. Perlu diingatkan bahawa manfaat gas helium masih belum dapat dibuktikan dengan kukuh oleh para penyelidik kesihatan. Oleh itu, kita perlu berwaspada jika ingin menggunakan gas helium.

700 views0 comments

Recent Posts

See All

Comments


bottom of page