Kebakaran ialah nyalaan api kecil ataupun besar pada tempat, situasi dan waktu yang tidak diinginkan dan umumnya bersifat merugikan dan sukar diuruskan.
Faktor-faktor penyebab terjadinya kebakaran diantaranya ialah:
1. faktor kebakaran berpunca daripada alam semula jadi (bencana alam):
- Petir (cth : sambaran petir pada bahan mudah terbakar)
- Gempa bumi (misal: gempa bumi yang mengakibatkan terputusnya jalur gas bahan bakar)
- Letusan gunung berapi (kerana lava likat yang panas membakar tumbuhan kering disekitarnya).
- Cahaya matahari (contohnya : panas matahari yang memantul dari kaca cembung ke dedaunan kering di sekitarnya).
2.Faktor kebakaran akibat daripada sifat manusia:
- Disengaja (pembalakan liar, penebangan tidak terkawal, peneresan bukit)
- Kelalaian (lupa mematikan dapur gas selepas memasak, tidak memeriksa hos gas dapur sama ada bocor ataupun tidak).
- tidak mematuhi undang undang (merokok di tempat awam, merokok ditempat yg berisiko berlaku kebakaran seperti pam minyak)
Comments