top of page

Cara Memadamkan Kebakaran di Tahap Awal

Apabila api bermula pada peringkat awal, ia mungkin masih cukup kecil sehingga anda boleh memadamkan dengan selimut tebal atau unit pemadam api yang ada. Dengan persediaan cepat dan tindakan untuk menentukan jenis kebakaran yang anda hadapi, anda mempunyai peluang yang lebih baik untuk tidak hanya memadamkan kebakaran tetapi juga melakukannya tanpa risiko kecederaan. Walau bagaimanapun, ingat bahawa keselamatan semua orang di sekeliling termasuk anda mesti diberi keutamaan. Sekiranya api tersebar dengan cepat, menghasilkan asap yang semakin tebal dan lebih berbahaya, atau mengambil masa lebih daripada lima saat untuk dipadamkan menggunakan pemadam api, anda mesti menghubungi 999.


Memadamkan Kebakaran Elektrik.




Padamkan sebelum terjadi. Kebanyakan kebakaran elektrik datang dari sistem pemasangan elektrik yang rosak atau penyelenggaraan sistem elektrik yang lemah. Untuk menghentikan api elektrik sebelum ia berlaku, jangan menggunakan eletrik melebihi had kuasa dan pastikan semua kerja elektrik dijalankan mengikut peraturan oleh juruelektrik yang berlesen.


Matikan sumber kuasa elekrik.

Matikan sumber kuasa elektrik. Sekiranya sistem elektrik mula memercik atau menyalakan api dalam pendawaian, peranti elektrik atau palam, maka tindakan mematikan kuasa kepada sistem elektrik adalah tindakan pertama dan terbaik. Sekiranya sumber hanya memercikan api atau api tidak tersebar, tahap ini sahaja mungkin cukup untuk mengelakkan kebakaran.


Gunakan pemadam api Kelas C jika tidak dapat memadamkan sumber elektrik

Jenis pemadam api yang boleh diterima dalam keadaan ini bergantung sepenuhnya kepada sama ada anda boleh memutuskan kuasa di sumbernya. Sekiranya anda tidak mengetahui lokasi kotak litar elektrik, kotak dikunci, atau sudah lama digunakan, segera gunakan pemadam api Kelas C. Pemadam Kelas C biasanya mengandungi karbon dioksida (CO2) atau bahan kimia kering, dan khusus bertanda "Kelas C" pada tiub.



2,261 views0 comments

Recent Posts

See All
bottom of page