top of page

ASAP BERACUN




ASAP merupakan salah satu punca kematian utama akibat api. Asap yang mengandungi gas beracun akan membunuh mangsa dahulu sebelum lidah api mula membakar.


Kebanyakan kematian akibat kebakaran di rumah berlaku di malam hari iaitu apabila mangsa sedang tidur.


Sekiranya menyedut gas beracun ketika sedang tidur, anda mungkin tidak akan sedarkan diri. Jika anda terjaga dan cuba untuk bangun, anda mungkin akan rebah semula. Pada umumnya terdapat empat jenis gas beracun yang wujud di rumah.


  • Karbon Monoksida ialah gas beracun yang mengurangkan kandungan oksigen di dalam darah. Ia merupakan gas beracun yang terdapat dalam semua jenis kebakaran.

  • Hidrogen Sinida merupakan gas beracun yang dihasilkan oleh kebakaran nylon, sutera dan beberapa jenis plastik (bahan yang terdapat dalam cadar, kusyen, langsir dan pakaian).

  • Hidrogen Klorida menyebabkan gatal pada mata dan tekak, meningkatkan kadar pernafasan dan mengaburkan mata semasa cuba menyelamatkan diri.

  • Karbon Dioksida dalam udara menyebabkan kita bernafas secara cepat dan sekaligus meningkatkan risiko menyedut gas beracun yang terlerai daripada kebakaran.

Kepulan asap juga mengurangkan kadar ketelusan cahaya dan jarak penglihatan serta menyebabkan mata merasa gatal.



167 views0 comments

Recent Posts

See All
bottom of page