Secara umumnya setiap pekerjaan yang dilakukan mempunyai prosedur kerjanya tersendiri. Namun seringkali kita lihat beberapa pekerja yang memandang ringan akan hal ini. Ianya adalah perkara yang perlu dielakkan kerana kegagalan dalam mengikuti prosedur kerja semasa melakukan pekerjaan boleh mengundang bahaya dan lebih teruk membawa kepada kematian.
Majikan menyediakan prosedur pekerjaan atas beberapa sebab tertentu. Antaranya adalah:
Untuk mengekalkan prestasi pekerja dalam tugas tertentu.
Sebagai rujukan dalam pelaksanaan pekerjaan tertentu.
Untuk mengelakkan kesilapan atau kegagalan.
Untuk menjelaskan aliran tugas pekerjaan, kewibawaan dan tanggungjawab tugas yang berkaitan.
Sebagai panduan syarikat dalam menjalankan proses kerja dari awal hingga akhir.
Oleh itu setiap pekerja perlu mengambil berat akan prosedur pekerjaan ini agar dapat mengeluarkan hasil yang bermutu tinggi dan dapat menjaga keselamatan diri serta pekerja lain. Selain itu juga, dengan adanya prosedur pekerjaan ini sedikit sebanyak dapat membantu untuk membentuk disiplin dalam diri pekerja supaya sentiasa patuh akan arahan tersebut.
留言