top of page

APA ITU API

Updated: Apr 17, 2019





KEBAKARAN boleh berlaku disebabkan oleh tiga unsur penting iaitu oksigen, bahan api dan haba. Kita mungkin pernah belajar tentang rajah tiga segi kebakaran yang menekankan kaitan di antara tiga unsur ini. Selain daripada ketiga-tiga unsur tersebut, terdapat satu lagi faktor yang turut berperanan semasa kebakaran itu tindakan berantai.



Oksigen berada di sekeliling kita. Sebahagian besar bahan seperti kayu, perkakas rumah, kertasgas memasak dan lain-lain, boleh menjadi nahan api. Dengan memahami bagaimana kebakaran berlaku, dapatlah mencari kaedah untuk memadamkannya.


Kebakaran biasanya berlaku disebabkan oleh kelalaian manusia, kerosakan mekanikal atau elektrikal ataupun kejadian semulajadi (petir dan kilat) yang menyatukan oksigen, bahan dan haba bagi mewujudkan api. Api boleh dipadamkan dengan mengeluarkan oksigen, mengurangkan suhu kepanasan bahan ataupun memutuskan rangkaian tindakan berantai.



1,084 views1 comment

Recent Posts

See All
bottom of page