top of page

ALAT PEMADAM API - APA

Rata-rata Rakyat Malaysia memang tidak asing dengan Alat Pemadam Api. Biasanya kita akan ingat BOMBA kalau nampak alat pemadam api ini. Tapi ramai yang masih tidak kenal dan tidak tahu fungsi dan cara penggunaan alat peamadam api yang sebenaar.


Mari kita berlajar bersama-sama.

Alat pemadam api merupakan salah satu alat pencegahan kebakaran mudah alih (portable) yang penting. Alat Pemadam api juga merupakan salah satu alat pemadam kebakaran bagi pertahanan barisan hadapan dengan berfungsi sebagai agen pemadaman kebakaran di peringkat api permulaan. Alat pemadam api boleh dikategorikan sebagai ALAT BANTU MULA.


Peringatan penting.

Alat pemadam api hanya untuk API KECIL sahaja. Sekiranya api telah menjadi besar, jangan pandai-pandai padam,BAHAYA, sebaiknya kosongkan (evacuate) dari tempat kejadian kebakaran tersebut, nyawa anda lebih bernilai kepada masyarakat.


Apakah faktor keberkesanan menggunakan alat pemadam api?

Alat pemadam api perlu diletakkan di tempat yang sesuai. Bahagian laluan utama contohnya kalau di rumah anda, boleh gantungkan di laluan utama dari ruang tamu ke dapur rumah. Kenapa lokasi ini sesuai untuk diletakkan alat pemada api? Kerana sekiranya berlakunya kebakaran, emosi dan daya berfikir kita akan terganggu dan tidak stabil, kita akan capai apa sahaja yang boleh membantu di depan mata, sekiranya alat pemadam api yang dapat dilihat semasa kejadian, potensi besar alat pemadam api dapat digunakan dan memadam kebakaran sangat tinggi.


Jenis-Jenis Alat Pemadam Api yang mustahak untuk anda kenal.

Carta diatas menunjukkan kelas api A, B, C & D. Jenis punca kebakaran boleh dirujuk kepada jenis kebakaran yang berpunca dari bahan-bahan di perkesikataran anda.


Semoga perkongsian ni dapat membantu anda dalam memahami fungsi dan konsep penggunaan alat pemadam api.


Terima Kasih.


Soalan-soalan lazim masyarakat Malaysia.

  1. Bagaimana Cara guna Alat Pemadam Api?

  2. Berapa lama Alat Pemadam Api boleh digunakan?

  3. Mengapa Alat Pemadam Api perli diselenggara?

  4. Bagaimana Cara penyelenggaraan alat pemadam api?

  5. Apa beza Alat Pemadam Api Dry Powder & Co2?

  6. Kenapa ada Alat Pemadam Api warna Biru & Merah?

  7. Kenapa Alat Pemadam api perlu dapatkan BOMBA Cert?


Kami akan menjawab soalan2 ini dari masa ke semasa.



1,140 views0 comments

Recent Posts

See All
bottom of page