Search

AMBIL IKTIBAR KEBAKARAN HUTAN DI AUSTRALIA













Kebakaran hutan di Australia seharusnya menyedarkan Malaysia agar mengambil tindakan sewajarnya untuk menambah baik perlindungan alam sekitar dan menangani ancaman yang semakin meningkat terhadap ekosistem akibat perubahan iklim.


Presiden Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam Malaysia (Peka) Shariffa Sabrina Syed Akil berkata bencana alam sekitar di seluruh dunia, yang semakin kerap berlaku sejak sedekad lalu, adalah satu isyarat agar kerajaan Malaysia mengutamakan perlindungan alam sekitar dalam projek dan dasarnya.


“Jangan tunggu sampai Malaysia jadi seperti satu lagi (hutan) Amazon yang terbakar.

"Jika ia boleh berlaku di Amazon, ia juga boleh berlaku kepada kita; ketika itu semuanya sudah terlambat,” kata beliau merujuk kepada kebakaran hutan hujan di Amerika Selatan pada 2019 yang telah menyebabkan lebih 6.2 juta ekar (2.5 juta hektar) hutan terbakar serta

beribu-ribu spesies musnah.


Bercakap kepada Bernama di Kuala Lumpur, Shariffa Sabrina turut mengulangi gesaan agar kerajaan meminda Akta Perhutanan Negara 1984 – yang kali terakhir dipinda pada 1993 – kerana ia tidak menggambarkan keadaan semasa biodiversiti negara, termasuk dalam menangani kesan negatif perubahan iklim.


“Seluruh Akta perlu dirombak. Ia sudah lama tertangguh dan tidak lagi relevan serta berkesan dalam menjaga masa depan alam semula jadi kita,” katanya.

Setakat ini, kebakaran yang merebak ke seluruh bahagian tenggara Australia itu telah menyebabkan 25 orang terkorban dan sekurang-kurang setengah juta ekor haiwan telah dilaporkan maut.


Sementara itu, pencinta alam sekitar Anthony Tan berkata meskipun terdapat undang-undang bagi melindungi alam sekitar, beliau mengesali kekurangan anggota pasukan penguatkuasaan manakala kehendak politik pula telah menghalang undang-undang itu daripada dilaksanakan dengan berkesan.


Beliau berkata pencemaran toksik di Sungai Kim Kim di Johor pada awal tahun lepas serta insiden pencemaran bau di Sungai Semenyih adalah contoh klasik kegagalan penguatkuasaan.


“Pemantauan hendaklah dijalankan di lokasi kritikal, sungai dan lembangan sungai, kawasan tadahan air serta hutan manakala penguatkuasaan dan hukuman mestilah konsisten,” katanya kepada Bernama.


Tan, yang juga bekas pengarah eksekutif Pusat Alam Sekitar, Teknologi dan Pembangunan Malaysia (Cetdem), mencadangkan agar pihak berkuasa melakukan pemetaan bagi mengenal pasti kawasan hutan kritikal Malaysia yang terdedah kepada kekeringan dan bahaya kebakaran.


"Setakat ini, kita belum melakukannya namun usaha sedemikian yang boleh dilakukan menerusi satelit atau dron akan memberikan maklumat penting kepada kita mengenai hutan dan membolehkan kita mengambil lebih banyak langkah pencegahan bagi mengurangkan risiko kebakaran hutan,” katanya.

21 views

OUR MISSION

providing a quality, fast and flexible services to meet customers level of satiscaftion.

HEADQUARTERS

BRANCH

Negeri Sembilan

No 2, Bangunan Kedai

Taman Serting Jaya

72100 Bahau, Negeri Sembilan.

P +60 64541987

Melaka

Taman Tasik Utama,

Ayer Keroh, Melaka.

P +60 132419000

Selangor

Bandar Banting Baru,

Banting, Selangor.

P +60 146050098

  • Facebook Social Icon
  • LinkedIn Social Icon
  • Twitter Social Icon
  • YouTube Social  Icon

STAY CONNECTED

Johor

Horizon Hills,

Iskandar Puteri,Johor

P +60 72300045

E MAIL

SHORTCUTS