top of page
Writer's picturezurithsafety

Alat Pemadam Api Kenderaan

Updated: Jan 10, 2019

“ALAT PEMADAM API KENDERAAN”  merupakan alat keselamatan bagi mencegah kebakaran pada kenderaan  dan harus dimiliki oleh semua pemandu lelaki dan wanita di Malaysia. Ia amat mudah digunakan, ringan dikendalikan, tahan sehingga 12 tahun penggunaan serta menjimatkan wang anda.



Mengapa perlukan "alat pemadam api kenderaan" dalam kenderaan?

Telah kita ketahui kemalangan berlaku tanpa diduga dan  kebakaran akan mengakibatkan kerugian harta benda dan boleh mengakibatkan kehilangan nyawa . Kesedaran memiliki “alat Pemadam Api Kenderaan”  ini masih rendah dikalangan pemandu – pemandu kenderaan di Malaysia. Ini akibat dari kurangnya pengetahuan berkenaan alatan cegah kebakaran ini.


Bagaimana menempatkan alat Pemadam Api 1kg dalam kenderaan anda.

Alat Pemadam Api Kenderaan 1kg kebiasaannya ditempatkan berhampiran dengan pemandu. Ini kerana pemandu adalah sentiasa berada dalam kenderaan dan orang yang sentiasa menggunakan kenderaan. Oleh yang demikan, alat Pemadam Api Kenderaan 1kg akan direka agar mudah ditempatkan di bawah kerusi duduk pemandu dan ini adalah lebih baik. Bagi menghalang alat Pemadam api Kenderaan 1kg ini daripada menganggu tumpuan pemandu atau menjamin keselamatan semasa pemanduan dan memastikan keselamatan alat Pemadam Api Kenderaan 1kg daripada mengalami kebocoran akibat hentakkan dengan kenderaan sewaktu kenderaan digunakan, maka bagi mengatasi masalah ini alat dipanggil fire extinguisher holder strap akan disediakan bagi menghalang alat Pemadam Api Kenderaan Car Fire Extinguisher 1kg anda rosak dan bergerak ke ruangan lain.

470 views0 comments

Recent Posts

See All

Commenti


bottom of page