top of page

Akibat bakar sampah, rumah hangus

MEMBAKAR daun-daun kering yang berguguran di halaman rumah barangkali adalah cara paling biasa dilakukan terutamanya di kawasan kampung. Ia adalah cara mudah untuk membersihkan longgokan daun meskipun sebenarnya kaedah itu bukan sahaja menyebabkan pencemaran udara tetapi mendatangkan masalah lain.


Apakah punca dan kesan berlakunya perkara di atas?


1) Sikap sambil lewa dan tidak peka

Sikap sambil lewa, ambil mudah dan 'tidak apa' terutama bila membabitkan keselamatan kebakaran sebenarnya boleh memberi kesan kepada diri sendiri, keluarga dan jiran. Setiap tahun ada sahaja mangsa yang dilaporkan menjadi korban dalam kebakaran. Ia melibatkan kerugian harta benda sebanyak RM11 bilion manakala yang berjaya diselamatkan berjumlah RM20 billion. Tahap kesedaran masyarakat tentang bahaya dan pencegahan kebakaran yang rendah menyebabkan kes-kes kebakaran yang sepatutnya boleh dielakkan masih juga berlaku.


2) Kurang kesedaran berhubung kebakaran

Ibu bapa perlu memainkan peranan dalam mendidik anak tentang bahaya kebakaran dan cara mencegahnya. Namun berapa ramai dalam kalangan kita mempunyai kesedaran itu.

Mengambil contoh mudah, berapa ramai yang mempunyai alat pemadam api di rumah?, berapa kali kita membuat pemeriksaan berkala di saluran gas memasak? dan adakah rumah bernilai puluhan ribu atau jutaan ringgit yang dimiliki dilengkapi dengan pengesan asap yang boleh memberi amaran awal kebakaran? Perkara-perkara itu sering diambil mudah hingga akhirnya memberi kesan berpanjangan apabila nyawa dan harta benda hilang dalam sekelip mata sahaja. Menurut teori 'standard temperature curve', masa yang sesuai memadamkan sesutu kebakaran adalah antara satu hingga empat minit. Namun jangka masa kritikal itu amat sukar untuk bomba sampai ke tempat kejadian.


3) Tidak mengengambil peduli tentang erti bahaya

Menurut Perunding Keselamatan dan Pertahanan Diri, Akademi KickStart & The Green Hornet, Master Saiful Hamiruzzaman Mohd Hazir, menjadi tanggungjawab setiap penghuni di dalam sesebuah rumah terutama ibu bapa memastikan keselamatan bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku terutama kebakaran. Ketika di rumah, banyak perbuatan sering diambil mudah yang membawa kepada tindak balas kimia terhadap elemen haba, oksigen dan bahan hingga berlakunya kebakaran.


81 views0 comments

Recent Posts

See All
bottom of page