top of page

Adakah Alat Pemadam Api Kenderaan (1kg) Boleh Beroperasi di Bawah Suhu Sejuk 0 Darjah Celcius ?



Jawapannya BOLEH kerana


Ia direka boleh beroperasi pada suhu sejuk serendah –21 darjah celcius. Seperti yang kita ketahui medium cegah kebakaran “alat Pemadam Api Kenderaan” 1kg adalah dari campuran  bahan  AMMONIUM PHOSPHATE AND AMMONIUM SULPHATE. Menurut artikel daripada Department of Microbiological Chemistry, Hebrew University Medical School, bahan AMMONIUM PHOSPHATE boleh beroperasi pada kadar sejuk 2 darjah celcius sehingga suhu normal 30 darjah celcius .


Manakala menurut kajian daripada Dr Robert B. Read, Division of Chemical Development, Medical School Alabama, bahan AMMONIUM SULPHATE boleh beroperasi pada suhu sejuk –26.4 darjah celcius.


Oleh kerana kedua-dua bahan ini mempunyai perbezaan tahap pengoperasiannya maka ia digabungkan bagi mendapat kadar operasi sesebuah “alat Pemadam Api Kenderaan” 1kg yang baik dan berkesan pada suhu sejuk -21 darjah celcius sehingga suhu biasa setinggi 60 darjah calcius. 


16 views0 comments

Recent Posts

See All
bottom of page