top of page

5 Perkara Penting Tentang Alat Pemadam Api Kenderaan

Updated: Jan 15, 2020

Alat pemadam api bersaiz 1KG ini sangat sesuai untuk diletakkan di dalam kenderaan kerana kebakaran pada kenderaan selalunya senang untuk dikesan sebelum ia menjadi api yang marak. Alat pemadam api jenis 1KG ABC DRY POWDER ini akan mempunyai masa pelepasan atau dipanggil discharge time selama 6 saat (dari saat pin keselamatan ditarik sehingga gas habis).












2. Bawah Tempat Duduk Penumpang Hadapan

Bawah tempat duduk penumpang hadapan adalah sesuai untuk meletakkan alat pemadam api kerana ia mudah dicapai ketika berlaku sebarang kebakaran pada kenderaan anda.


3. Perlu Diservis 

Walaupun alat pemadam api itu telah digunakan sedikit, serbuk ABC di dalam alat pemadam api tersebut akan menyebabkan nozel berkarat dan tekanan udara di dalam akan perlahan-lahan keluar. Anda perlu menghantar alat pemadam api itu untuk diservis apabila pin telah dibuka dan disembur, walaupun cuma sedikit !


4. Jangan Buang Setelah Digunakan

Untuk pengetahuan anda, alat pemadam api boleh diservis setelah digunakan dan disarankan untuk menservis alat pemadam api tersebut sebanyak sekali setahun mengikut tarikh tamat tempoh sijil efies. Selain itu, alat pemadam api juga boleh dibuat isian semula ketika servis.


5. Tong Alat Pemadam Api Luput Sehingga 10 Tahun 

Adakah anda tahu bahawa alat pemadam api boleh tahan sehingga 10 tahun. Walau bagaimanapun, pemeriksaan haruslah dilakukan setiap tahun untuk memastiikan tekanannya masih ada dan boleh berfungsi.

798 views0 comments

Recent Posts

See All
bottom of page