Puncanya adalah dari diri KITA SENDIRI !!
#SayangiMalaysia #TheBestFireExtinguishersMalaysiaSuppliersAndPriceList #FireExtinguishersMalaysia #FireCompetentMalaysia #TheBestSupplierFireExtinguishersMalaysia #TheBestPriceFireExtinguishersMalaysia
#AlatPemadamApiMalaysia #AlatPemadamApiMurah Tahukah anda, kebanyakan punca kebakaran adalah dari sikap kita sendiri yang mengambil mudah dan juga leka. Seterusnya akan mengakibatkan kebakaran tersebut mudah berlaku.
1. Rokok
Ini adalah salah satu sikap manusia yang mengambil mudah dengan keselamatan kebakaran. Membuang puntung rokok merata-rata.
Setelah seseorang itu selesai menghisap rokok, hendaklah ia dibuang di tempat yang sepatutnya dan pastikan bara pada puntung tersebut telah dipadamkan.
Tidak membuang merata-rata kerana ia akan terkena pada benda mudah terbakar (contoh : kain baju, sampah dan sebagainya)
2. Wayar Elektrik
Pendawaian yang sarat jugak adalah salah satu punca kepada kemusnahan kebakaran.
Daripada 1 point dan ia telah dipecahkan kepada banyak point akan mengakibatkan arus tersebut “overload” dan ia akan mengeluarkan “spark”.
"Spark" inilah yang akan memercik kepada sekitarnya untuk menghidupkan punca api kebakaran.
Oleh itu, pastikan sambungan wayar dirumah anda tidak sarat dengan sambungan plug lain.
Jika berkehendakan sambungan wayar lain, pastikan ia tidak dalam keadaan serentak kerana dikhuatiri akan mengakibatkan overload.
3. Pendawaian Wayar Kereta
Ciri-ciri ubahsuai kenderaan yang tidak mengikut spesifikasi akan memudaratkan kepada pemilik kereta itu sendiri.
Sambungan yang tidak diiktiraf pasti akan membuatkan punca kuasa memberikan lebihan arus dan mengakibatkan sarung wayar tersebut mencair.
Apabila ia cair, wayar tersebut secara tidak langsung akan bersentuhan dengan badan kenderaan. Sentuhan tersebut mengakibatkan percikan api dan seterusnya mengakibatkan kebakaran akan bermula.
Nasihat kami, pastikan tidak membuat penyambungan wayar yang tidak teratur dan tidak sempurna. Carilah wireman yang bertauliah dan kurangkan pemasangan aksessori yang berlebihan di dalam kenderaan.
Kebanyakan adalah salah kita sendiri..banyak lagi kalu nak cari salah..tapi kan lebih baik kita perbetulkan dengan persediaan.
.
.
.
Dimana persediaan hadapi kebakaran anda?
Comentários