top of page

3 Cara Menyelamatkan Diri dari Kebakaran Rumah

Menjadi mangsa kebakaran rumah mungkin tidak pernah terlintas di fikiran Anda. Akan tetapi, Anda sebaiknya memiliki persiapan yang cukup untuk berjaga-jaga jika hal ini terjadi. Selain itu, Anda harus memiliki persediaan agar Anda tidak akan panik ketika kebakaran rumah terjadi. Apabila rumah terbakar, keutamaan Anda adalah menyelamatkan diri dan anggota keluarga secepatnya. Anda tidak memiliki waktu untuk menyelamatkan barang berharga atau binatang perliharaan Anda. Untuk menyelamatkan diri dari kebakaran rumah, Anda harus memanfaatkan waktu yang sedikit dengan cermat dan efektif. Berikut merupakan langkah-langkah untuk menyelamatkan diri dari kebakaran













Bertindak secepat mungkin ketika mendengar pengesan kebakaran menyala/ berbunyi. Apabila Anda mendengar pengesan kebakaranberbunyi dan melihat api, keluarlah dari rumah dengan berhati-hati. Jangan mengambil barang berharga, atau barang penting. Keutamaan anda adalah membawa diri anda dan keluarga keluar dari rumah dengan selamat. Apabila kebakaran rumah terjadi pada malam hari, menjeritlah sekuat hati untuk membangunkan ahli keluarga. Anda mungkin hanya memiliki beberapa detik untuk menyelamatkan diri. Oleh kerana itu, abaikan hal-hal lain yang dapat melambatkan penyelamatan diri Anda dan keluarga.




Keluarlah dari rumah melalui pintu dengan berhati-hati. Apabila Anda melihat asap memasuki bilik melalui sela pintu, Anda dilarang sama sekali keluar melalui pintu tersebut kerana asap tersebut beracun dan di sebalik pintu terdapat api. Jika sebarang asap tidak kelihatan, sentuhlah tombol pintu dengan tapak tangan untuk memastikan tombol tidak panas. Bukalah pintu secara perlahan dan keluarlah dari bilik jika tombol pintu terasa seperti biasa. Apabila pintu terbuka dan ada api yang mencegah Anda keluar dari bilik, tutuplah pintu untuk melindungi diri Anda dari sambaran api.Jika tombol pintu terasa panas atau ada asap yang masuk ke dalam bilik melalui sela pintu dan tidak ada pintu lain, Anda harus mencoba menyelamatkan diri melalui jendela.















Lindungi diri Anda dari menyedut asap. Tiarap dan merangkaklah dengan menggunakan tangan dan lutut untuk menghindari asap. Ajaklah keluarga untuk merangkak. Walaupun berlari dapat membantu Anda menyelamatkan diri dengan lebih cepat, hal ini dapat mengelakkan anda daripada terhidu asap (cedera yang diakibatkan oleh penghirupan asap yang mengganggu pernafasan) yang boleh membuat Anda pening dan pengsan. Oleh kerana itu, jika Anda akan berada di bilik yang dipenuhi asap, Anda harus menutup hidung dan mulut. Anda boleh menutup hidung dan mulut dengan baju atau kain basah. Akan tetapi, lakukan hal ini apabila Anda masih memiliki masa. Langkah ini membantu Anda bertahan di dalam kamar yang dipenuhi asap selama beberapa minit. Walaupun masa yang diperoleh tidak begitu banyak, baju atau kain basah dapat membantu mengasingkan zat berbahaya yang terdapat dalam asap api yang boleh membawa maut.

1,466 views0 comments

Recent Posts

See All
bottom of page