top of page
Writer's picturezurithsafety

10 Cara Mencegah Kebakaran



1) KESELAMATAN DI DAPUR










Semasa memasak hendaklah memberi tumpuan sepenuhnya. Pastikan keadaan dapur bersih dan tidak berminyak. Jangan memasak dalam keadaan letih atau mengantuk.



2) RUANG ALAT PEMANAS












Letakkan alat pemanas pada jarak 3 kaki atau 1 meter daripada sebarang benda yang mudah terbakar.



3) PERKAKAS MEROKOK










Pastikan bekas abu rokok yang digunakan besar dan lebar. Basahkan bekas tersebut sebelum digunakan. Jangan merokok apabila hendak tidur.



4) MANCIS DAN PEMETIK API












Pastikan bahan seperti mancis dan pemetik api disimpan di tempat yang tinggi supaya dapat dielak daripada kanak-kanak.



5) ELEKTRIK











Gantikan wayar yang telah rosak atau berpintal. Sentiasa peka terhadap barangan elektrik yang digunakan seperti peralatan yang berbau, berasap dan terlampau panas.



6) LILIN









Semasa menggunakan lilin, pastikan ianya jauh daripada benda yang mudah terbakar dan pastikan lilin ditutup atau dihadang daripada tiupan angin.



7) ALAT PENGESAN ASAP














Setiap rumah hendaklah dipasang sekurang-kurangnya 1 unit alat pengesan asap. Keutamaan di ruang dapur disarankan, untuk memastikan keselamatan sekeluarga dan amatlah baik disyorkan agar setiap bilik tidur dipasang alat tersebut.



8) SENTIASA MEMBUAT PEMERIKSAAN












Periksa alat tersebut setiap bulan. Gantikan bateri setiap 1 tahun sekali. Apabila alat pengesan ini berbunyi menandakan bateri sudah lemah. Ia perlu ditukar dengan segera. Tukarkan alat tersebut setiap 10 tahun sekali. Dapatkan yang mudah alih.


9) PERANCANGAN UNTUK MELEPASKAN DIRI












Pastikan setiap rumah anda mempunyai satu lakaran untuk melepaskan diri dari sebarang kebakaran dengan itu sesiapa yang berada di dalam rumah mengetahui bagaimana hendak menyelamatkan diri semasa berlaku kebakaran.



10) MERANGKAK DI DALAM ASAP













Cara yang betul untuk menyelamatkan diri dan asap yang tebal. Pertama cuba merangkak ke lantai menggunakan kedua-dua tangan dan lutut. Kedua, pastikan kepala anda 30-60cm daripada aras lantai.




11,060 views0 comments

Recent Posts

See All

Comments


bottom of page